Ini bukan kerana melecur

Masalah kulit ekzema

Ini bukan kerana melecur

Puchong: “Bahagian badan anak yang mempunyai masalah kulit atau ekzema termasuk di kepalanya perlu dibalut dengan kain untuk mengekalkan kelembapan kulit, malah setiap empat jam perlu pelembap,” kata Ku Sarah Syahidah Ku Muhamad.

Ku Sarah Syahidah, 34, adalah wanita yang kerap berkongsi pengalaman mengenai dirinya, suami, Mohd Nur Adha Suaini, 35, serta dua anak mereka Puteri Auliya Kayyisa, 3, dan Aqil Kaisar, berusia lapan bulan yang mempunyai masalah ekzema.



Ku Sarah berkata, mereka mempunyai masalah ekzema atau atopic dermatitis dengan dirinya, suami dan anak sulung kategori sederhana, manakala anak bongsu agak serius namun ketika ini keadaan Aqil Kaisar semakin baik.

Menurutnya, sebelum ini Aqil Kaisar mendapatkan rawatan, hampir empat bulan anak dalam keadaan tidak terkawal dan sentiasa menggaru badan serta kerap menangis.

“Saya perlu dukung anak supaya tangannya tidak selalu menggaru hingga berdarah pada muka, tangan dan kaki, malah ketika itu anak memang menangis sepanjang masa dan kalau senyap pun sekejap saja tetapi dia akan muram.

“Berat badannya juga menurun ketika di usia empat bulan dan hanya 5.5 kilogram (kg) saja, malah perkembangannya memang terhenti sebab fokus menggaru saja,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.




PUTERI Auliya Kayyisa (kanan) dan Aqil Kaisar.

Katanya, disebabkan itu dia yang juga mempunyai masalah ekzema perlu menjaga pemakanannya atas saranan doktor bagi mengesan punca keadaan itu.

“Pesakit ekzema memang sukar dijaga terutama kalau tidak buat rawatan dan selepas rawatan kami masih perlu menjaga anak dengan baik serta meneruskan wet wrap hampir 24 jam (di bahagian bermasalah).

“Setiap empat jam kami perlu memakaikan anak pelembap dan lembapkan kain pembalut, malah kalau keluar rumah sekali pun memang anak perlu pakai pembalut termasuk di kepalanya dan sudah semestinya anak menjadi perhatian ramai.



“Tetapi kadang-kadang saya buka bahagian muka sebab tak mahu orang asyik pandang apabila melihat anak kerana biasanya orang akan tanya kenapa balut. Ramai tak tahu lagi mengenai wet wrap, ramai ingat sebab melecur.

“Wet wrap diperlukan kerana dapat mengelak anak menggaru sekali gus untuk mengekalkan kelembapan kulit sebab kulit ekzema tak mampu mengekalkan kelembapan kulit,” katanya.

Berhubung perkongsiannya di TikTok, Ku Sarah berkata, dia mahu menyebarkan kesedaran mengenai ekzema kerana tidak mahu orang menuding jari kepada ibu dengan alasan tidak menjaga pemakanan yang menjadi antara penyebab masalah itu kepada anak yang masih menyusu.

“Saya sangat menjaga makan hingga berat badan turun (tetapi anak dan dirinya turut mengalami masalah ekzema) jadi saya mahu orang tidak hanya menuding jari kepada ibu dan antara lain saya mahu ibu bapa lain terus mendapatkan rawatan hospital terutama ekzema yang serius,” katanya. HM



Ini bukan kerana melecur

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Benarkah Fatiya Latiff dibuang keluarga?



Rafizi dan Tony adalah kembar “Raja Formula Temberang”

Tengku Zafrul bidas Isham, tak tahu jangan pandai komen



Kalau tak dapat, saya naik hantu – Nabila Huda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker