CEMAS! Budak lelaki hilang dalam tragedi kepala air

Share

BATANG KALI – Seorang kanak-kanak berusia enam tahun dilaporkan hilang selepas dihanyutkan dalam kejadian kepala air di Sungai Kedondong hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3.09 petang dan sepasukan anggota telah dikejarkan ke lokasi berkenaan bagi melakukan tugas-tugas menyelamat.

Beliau berkata, sejurus tiba, anggota penyelamat dimaklumkan bahawa terdapat empat orang mangsa yang sedang mandi di sungai berkenaan telah dihanyutkan kepala air dalam kejadian tersebut.


Anggota JBPM sedang berusaha menyelamat mangsa terlibat

“Berdasarkan siasatan awal, seorang kanak-kanak berusia enam tahun dilaporkan hilang dibawa arus deras.

“Dua mangsa lain yang merupakan lelaki dewasa berjaya diselamatkan selepas terperangkap di atas batu ekoran arus sungai yang deras.

“Seorang lagi mangsa perempuan yang terperangkap di dalam air juga sudah diselamatkan oleh anggota JBPM dalam operasi tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Norazam berkata, kejadian itu melibatkan tiga kumpulan yang datang untuk berkelah dan usaha bagi mengesan kanak-kanak itu juga sedang giat dilaksanakan.

SH

Leave a Reply