GPS wajar beri peluang Pas bertanding PRN Sarawak

KUCHING – Gabungan Parti Sarawak (GPS) sewajarnya memberi peluang calon parti berkenaan bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) Sarawak akan datang.

Menurut laporan Utusan Borneo, Pesuruhjaya Pas Sarawak, Jofri Jaraiee menggesa GPS sepatutnya memberi beberapa kerusi kepada Pas sebagai tanda kerjasama rakan dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Jika mereka (GPS) nak bolot habis (kerusi) dan tak beri peluang, macam mana dengan perasaan ahli dan penyokong Pas Sarawak.

“Kita pun nak situasi menang-menang. Jangan terlalu mementingkan diri,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, Ahli Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak wajar bertanding pada PRN Sarawak akan datang demi menghormati kerjasama di peringkat Persekutuan.

Bagaimanapun Jofri berpendapat, kenyataan Wan Junaidi itu sekadar pandangan peribadinya dan tiada keputusan muktamad mengenainya.

Menurutnya, Pas Sarawak akan meneruskan usaha mereka meraih sokongan rakyat di negeri ini.

“Kita akan terus gerak kerja kita seperti biasa,” katanya.

Setakat ini, Pas belum pernah memenangi mana-mana kerusi DUN pada PRN Sarawak.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker