11 kes baru Covid-19 hari ini

Sebanyak 11 kes baru Covid-19 dicatatkan hari ini berbanding 8 pesakit sembuh.

Ini menjadikan 9,038 pesakit pulih daripada keseluruhan 9,317 kes Covid-19 setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, hanya satu daripada 11 kes baru itu membabitkan penularan tempatan, manakala 10 kes import itu membabitkan 6 warganegara dan 4 warga asing.

Katanya, 8 daripadanya pulang dari India (7 kes di Kuala Lumpur dan satu kes di Selangor), manakala masing-masing seorang kembali dari Indonesia (satu kes di Selangor) serta Qatar (satu kes di Kuala Lumpur).



Beliau berkata, satu kes jangkitan tempatan itu membabitkan warganegara yang dikesan ketika menjalani saringan pra-pembedahan di Hospital Umum Sarawak.

Katanya, Kementerian Kesihatan dimaklumkan 3 kes positif di Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak, Melaka dengan 2 daripadanya dikesan melalui saringan pra-pembedahan dan seorang lagi selepas menunjukkan simptom.

Hisham berkata, pengesanan kes aktif masih diteruskan dengan 109 individu dikenal pasti sebagai kontak rapat dan sedang menunggu keputusan ujian saringan mereka.

“Saringan kontak rapat dan aktiviti di lapangan masih diteruskan. Situasi semasa akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.”



Katanya, 154 pesakit Covid-19 masih dirawat di seluruh negara dengan 8 di unit rawatan rapi dan 6 memerlukan bantuan pernafasan.

Tiada kematian dicatatkan hari ini, menjadikan jumlahnya kekal 125 kes.

Status terkini COVID-19 setakat 29 Ogos 2020

Jumlah discaj baru: 8
Jumlah kumulatif discaj: 9038 (97.0%)



Jumlah kes baru; 11
Jumlah kumulatif: 9317
Jumlah kes aktif: 154

Jumlah kematian: 0
Jumlah kumulatif kematian: 125 (1.34%)

Jumlah kes di ICU: 8
Pesakit intubated: 6



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker