Logo PN tanpa logo didedah oleh Muhyiddin

Logo PN didedah, pelancaran dijangka tak lama lagi

Logo Perikatan Nasional (PN) yang dipercayai akan digunakan dalam pilihan raya negeri Sabah, didedahkan hari ini.

Menurut sumber, logo yang tertera nama gabungan itu dengan tulisan warna putih dengan latar belakang warna biru, didedahkan oleh Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dalam pertemuan dengan pemimpin parti di Sabah hari ini.

Perkembangan itu hadir selepas program pelancaran PN dilaporkan dibatalkan.

“Acara pelancaran dibatalkan kerana tidak mendapat persetujuan Suruhanjaya Pilihan Raya (pada waktu itu).

“Muhyiddin baru saja menerima panggilan awal hari ini dari SPR (memberikan kelulusan untuk digunakan dalam pilihan raya Sabah),” kata sumber itu kepada Malaysiakini.

Acara pelancaran lain dijangka akan diatur dalam masa terdekat.

Ketika dihubungi, sumber SPR mengesahkan kelulusan diberikan setelah logo tersebut mendapat lampu hijau daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Sumber itu juga berkata ia boleh digunakan pada pilihan raya negeri (PRN) Sabah nanti.

Belum jelas berapa parti yang akan menggunakan logo itu.

Pada masa ini terdapat empat parti yang dikatakan akan menyertai PN iaitu Bersatu, PAS dan dua parti Sabah, Parti Maju Sabah (SAPP) dan Parti Solidariti Tanah Airku (Star).

Bagaimanapun PAS semalam berkata ia terbuka untuk menggunakan logo BN dalam PRN itu.

PN pada mulanya dijadual dilancarkan secara rasmi di Sabah hari ini.

Program itu dilaporkan ditangguhkan susulan ketegangan antara Umno dan Bersatu disebabkan rundingan kerusi bagi menampung kem Mohamed Azmin Ali, serta kerana parti-parti di Sabah masih dalam perbincangan untuk menyertai gabungan itu. Mkini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker