‘Senjata kiamat’ bimbangkan AS

Share

WASHINGTON: Dron dasar laut ‘Poseidon’ Rusia yang mampu memusnahkan Amerika Syarikat (AS) dengan ‘serangan gempa nuklear’ kini berada di tahap ujian akhir.

The Sun melaporkan, Kementerian Pertahanan Rusia mendedahkan ‘senjata pemusnah besar-besaran’ itu ketika Hari Tentera Laut bulan lalu.

Menurut sumber, ujian melalui kapal selam Belgorod yang akan membawa dan melancarkan Poseidon berkenaan hampir selesai dan menunggu untuk pemasangan dron itu.


Pentadbiran  pertama kali ‘membocorkan maklumat mengenai dron nuklear’ itu akhir 2015.

Dron berkenaan mampu meluncur selaju 85 kilometer sejam sejauh 10,000 kilometer dan membawa 100 mega tan peledak.

Kapten Tentera Laut Rusia, Konstantin Sivkov berkata, serangan Poseidon boleh menyebabkan pecahan tektonik dan memusnahkan benua Amerika Utara sepenuhnya.


Katanya, AS dikatakan bimbang selepas mendesak Moscow menghentikan pembangunan ‘senjata kiamat’ itu.

Ketika maklumat mengenai Poseidon bocor pada 2015, senjata pemusnah itu mampu memusnahkan kawasan pesisir strategik dan menyebabkan pencemaran radioaktif besar-besaran dalam tempoh lama.

Kapal selam Belgorod dapat mengangkut enam dron nuklear yang berkuasa menimbulkan ‘tsunami radioaktif’.


Pada 2018, Putin membi­carakan secara terang-terangan mengenai Poseidon yang ‘menakutkan’ dan menyebutnya ‘sangat hebat’.

Air Force One bawa Trump hampir dilanggar dron

One thought on “‘Senjata kiamat’ bimbangkan AS

  • August 25, 2020 at 16:26
    Permalink

    ‘doomsday bomb’ atau ‘senjata kiamat’ ini sama dengan persaingan ke angkasa lepas antara amerika & soviet union(kini rusia)…kalau rusia ada ‘poseidon’, dunia juga bimbang & percaya amerika akan(nak kata ‘telah’ pun boleh) mencipta ‘senjata kiamat’ lebih hebat dari ‘poseidon’

    bodohnya kita jika kita beranggapan tiada satu pun pakar strategik ketenteraan amerika telah berjaya melobi(mempengaruhi) presiden negaranya untuk menyaingi kehebatan(‘kecelakaan’ sebenarnya) ‘poseidon’ dari rusia

    apa sahaja kelebihan & kehebatan teknologi yang dimiliki oleh musuh2 amerika semuanya harus dianggap berniat tidak baik & salah oleh masyarakat dunia…hanya amerika sahaja berhak memiliki kelebihan & kehebatan teknologi ini termasuk ‘senjata kiamat’ yang harus lebih hebat dari kepunyaan rusia

    Reply

Leave a Reply