Air Force One bawa Trump hampir dilanggar dron

Pesawat Presiden Donald Trump hampir dilanggar oleh dron ketika menghampiri pangkalan udara dekat sini, menurut sumber Air Force One.

Ketika kejadian, peranti yang berwarna kuning dan hitam dan berbentuk seperti salib, berada di sebelah kanan pesawat.

Ia dilihat oleh beberapa penumpang di dalam pesawat berkenaan, tidak lama sebelum ia jatuh pada jam 5.50 petang di Pangkalan Andrews di Maryland.

Pejabat Tentera White House dan Angkatan Udara ke-89, Sayap Angkatan Udara dalam satu kenyataan berkata, pihaknya tahu mengenainya dan memaklumkan kejadian itu sedang diteliti.

Semasa kejadian Trump berada di dalam pesawat Air Force One.

Walaupun sangat sukar bagi penyiasat keselamatan penerbangan untuk mengesahkan kejadian yang berlaku sekelip mata itu, namun nampaknya ini adalah antara ribuan insiden keselamatan yang memerlukan penguatkuasaan undang-undang.

Sungguhpun sebilangan besar dron hanya seberat beberapa kilogram, mungkin tidak dapat menyebabkan pesawat terhempas.

Tetapi kajian yang dijalankan menunjukkan walaupun saiznya hampir sama seperti burung, ia boleh mengakibatkan kerosakan besar seperti menghancurkan kaca depan kokpit atau merosakkan enjin pesawat.

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) menerima ribuan laporan setiap tahun, yang mana dron didakwa terbang terlalu dekat dengan pesawat lain atau berada di kawasan larangan.

Sebilangan besar laporan diperoleh dari juruterbang.

Di bawah peraturan persekutuan, dron mesti diterbangkan di hadapan pengawalnya dan tidak lebih tinggi dari 122 meter di atas tanah tanpa pengecualian khas.

Walaupun model dron paling popular dilengkapi dengan perisian yang dirancang untuk mencegah penerbangan jarak jauh, insiden terus meningkat.

Ada beberapa kejadian yang mana dron benar-benar menyerang pesawat, tetapi tidak ada mengakibatkan kemalangan serius atau cedera, menurut data Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional. – MalaysiaGazette

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker