Kanak-Kanak ‘Hidup’ Semula Ketika Jenazah Dimandikan Gemparkan Penduduk Jawa Timur

Share

Di Jawa Timur, Indonesia, seorang kanak-kanak perempuan yang ‘hidup’ kembali selepas diisytiharkan meninggal dunia telah menggemparkan penduduk di kawasan tersebut. Ketika sedang dimandikan, mata kanak-kanak tersebut didakwa terbuka dan berkedip beberapa kali.

Hidap diabetes teruk

Pada awalnya, kanak-kanak berusia 12 tahun yang dikenali sebagai Siti Masfufah Wardah telah disahkan meninggal dunia pada Isnin lepas selepas dibawa ke hospital oleh keluarganya kerana dilaporkan mengalami kesakitan dan kekejangan. Melalui hasil pemeriksaan doktor, kanak-kanak tersebut mengalami penyakit diabetes yang sangat teruk. Jenazah juga dibawa pulang ke rumah oleh keluarganya


Menurut laporan Tribun News, ketika jenazah dimandikan, kanak-kanak itu telah membuka mata dan kejadian itu telah mengejutkan semua. Dia yang dikatakan hidup kembali itu diangkat masuk ke dalam rumah oleh keluarganya. Keluarganya telah menghubungi petugas perubatan Pusat Kesihatan Lumbang bagi mendapatkan bantuan kerana kanak-kanak tersebut berada dalam keadaan lemah.

Dalam keadaan tenat

Kejadian yang berlaku di Desa Lumbang, Probolinggo, Jawa Timur itu telah disahkan oleh Ketua Polis Lumbang Probolinggo, AKP Muhammad Dugel. Menurut Dugel, tekanan darah Siti berada ditakat 60 dan keadaannya yang sangat lemah itu membuatkan denyut jantungnya tidak dapat dikesan oleh alat perubatan.


Sejam kemudian, pihak petugas perubatan memaklumkan bahawa kanak-kanak tersebut telah meninggal kembali. Jenazahnya dimakamkan hari yang sama di kawasan perkuburan awam yang terletak di kawasan tersebut. OB

Leave a Reply