Padah Curi Motosikal Dengan ‘GPS Tracker’, Pencuri Berjaya Diberkas

Setiap kali kita mendengar isu mengenai kes kecurian motosikal, kebanyakannya gagal dijumpai meskipun sudah pelbagai cara diusahakan.

Kehadiran motosikal model-model ‘panas’ pula membuatkan kes kecurian motosikal dilihat semakin menjadi-jadi waima diletakkan di tempat yang selamat.

Pada kali ini, seorang pengguna Twitter iaitu Wan Haziq tampil dengan sebuah perkongsian dimana motosikal beliau yang dicuri pada jam 5 pagi berjaya dijumpai semula pada jam 7 pagi iaitu kira-kira 2 jam selepas kecurian.

Apa yang menjadi penyelamat serta memudahkan tugas pihak polis membantu mendapatkan motorsikal ini adalah kehadiran GPS Tracker yang dipasang pada motosikalnya. Berdasarkan perkongsian, beliau berpeluang mengetahui dimanakah lokasi motosikal beliau berada sejak mulai dicuri.



Perkongsian beliau di Twitter nampaknya telah menerima sambutan baik di kalangan netizen sekaligus membuatkan para netizen tertanya-tanya model GPS Tracker yang manakah digunakan.

Menerusi perkongsian Wan Haziq, model yang digunakan beliau adalah Motomart GPS Tracker daripada jenama Pitstop. Untuk mengaktifkan GPS agar dapat dipantau, para pengguna dicadangkan untuk menggunakan kad SIM ONEXOX yang mampu aktif sehingga 28 bulan.

Mengulas mengenai lokasi beliau mendapatkan GPS Tracker, Wan Haziq maklumkan beliau mendapatkannya di Soon Hong Trading yang bertempat di Danau Kota. Dalam pada itu, para pengguna berpeluang mendapatkan Motomart GPS Tracker dengan harga yang jauh lebih rendah melalui pembelian di Shopee.

Berdasarkan perkongsian, para netizen nampaknya mulai menunjukkan minat untuk memasang GPS Tracker. Tidak hanya sesuai dipasang pada motosikal, GPS Tracker juga boleh dipasang pada kereta bagi mengelakkan kereta dicuri tanpa jejak



Kami juga tidak terlepas untuk membuat pencarian model yang menjadi penyelamat kepada motosikal lelaki yang tular di Shopee dan secara tidak menjumpai penawar GPS Tracker Motomart dengan harga yang rendah dan mampu milik.

Menerusi carian yang dibuat, anda selaku penunggang motosikal yang risau motosikal dicuri atau mahu elakkan risiko motosikal hilang tanpa pengetahuan boleh mendapatkan model ini di Shopee dengan harga serendah RM155 sahaja. Para pengguna boleh klik di sini untuk mendapatkannya. Vocket

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker