Peniaga burger ke Bukit Aman atas dakwaan hina polis

Share

Pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid yang juga dikenali sebagai Asri Janggut tiba di Bukit Aman hari ini untuk disoal siasat atas dakwaan membuat kenyataan menghina polis.

Peniaga burger berusia 42 tahun itu tiba kira-kira 10.25 pagi tadi dengan ditemani peguam Shaharudin Ali.

Beliau didakwa membuat kenyataan itu dalam sebuah klip video selama 31 saat yang tersebar di media sosial.


Bernama melaporkan 2 laporan dibuat terhadapnya di Balai Polis Jalan Travers dan Jalan Tun Razak 2 hari lalu.

ADVERTISING

Ads by Teads


Kes yang diklasifikasikan di bawah Seksyen 505(b) dan Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 itu disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman.

Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador dilapor menyifatkan dakwaan Asri yang anggotanya tidak menjaga solat sebagai keterlaluan.

Dalam video sama, Asri difahamkan turut menyebut anggota Angkatan Tentera Malaysia tidak menjaga solat.


Bagaimanapun, Panglima ATM, Affendi Buang semalam dilaporkan menerima permohonan maaf Asri yang turut disiarkan di media sosial Persatuan Pengguna Islam Malaysia kelmarin. FMT

Leave a Reply