Disyaki lindungi pusat judi, 3 lagi penguatkuasa MBSA ditahan SPRM

Share

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahak tiga lagi penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang disyaki menerima rasuah dalam melindungi premis perniagaan tiada lesen dan pusat judi di Sungai Buloh.

Penahanan terbaru SPRM berhubung isu itu melibatkan individu berusia di antara 40 dan 43 tahun, pada lebih kurang jam 2 petang semalam di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Mereka dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini untuk perintah reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.


Astro Awani memetik Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Ahmad Khusairi Yahaya sebagai mengesahkan tangkapan tersebut.

Ahmad Khusairi bagaimanapun dikatakan enggan mengulas lanjut.

Penahanan terbaru itu menjadikan jumlah keseluruhan penguat kuasa MBSA yang ditahan berhubung isu berkenaan adalah lapan orang.


Sebelum ini, dilaporkan SPRM telah menahan lima penguat kuasa MBSA dan seorang peniaga rokok seludup berbangsa Acheh.

Leave a Reply