Wanita langgar kuarantin rumah didakwa di mahkamah hari ini

Wanita berusia 72 tahun yang berada di bawah Perintah Pengawasan Rumah Covid-19 tetapi dilihat makan di sebuah restoran di Meru Raya akan didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh di Perak hari ini.

Media diberitahu perkara itu melalui notis yang dihantar oleh Cawangan Inspektorat dan Undang-Undang Jabatan Kesihatan Perak, semalam.

Wanita itu akan didakwa mengikut Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, yang membawa hukuman di bawah Seksyen 24 (a) akta yang sama, lapor The Star.

Sekiranya didapati bersalah, dia boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.



Wanita berkenaan menarik perhatian ketika dia dilihat sedang makan dengan gelang merah jambu yang dipakaikan pada pesakit di bawah pengawasan (PUS).

Dia sebelum ini diperintahkan untuk menjalani kuarantin 14 hari di rumah setelah pulang dari luar negara pada 4 Julai.

Individu yang menjalani kuarantin rumah wajib tinggal di rumah selama 14 hari dan mengambil ujian Covid-19 kedua pada hari ke-13.

Kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang melanggar perintah kaarantin rumah.



Semalam, pemilik Nasi Kandar Salleh di Napoh, Kubang Pasu yang dikaitkan dengan kluster Sivagangga dijatuhi hukuman penjara lima bulan kerana melanggar perintah kuarantin rumah di bawah Seksyen 15 (1) Akta tersebut.

Orang ramai berulang kali diberi amaran kemungkinan hukuman penjara sekiranya mereka tidak mematuhi perintah kaurantin yang dikenakan ke atas mereka.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker