Yang di-Pertua Sabah kawan baik saya, tak akan salah guna kedudukan, kata Hamzah

Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin berkata, Yang di-Pertua Negeri Sabah Juhar Mahiruddin merupakan kawan baiknya dan percaya beliau tidak akan menyalahgunakan kedudukan dalam perkembangan terbaru politik di negeri itu.

Hamzah berkata, beliau berjumpa Juhar sebelum ini dan antara perkara yang dibincangkan ialah masa depan Sabah.

“Biar saya berterus terang dengan anda, Tun Juhar adalah kawan baik saya sejak 1990-an,” katanya di sini, hari ini.

“Tidak ada salahnya saya berjumpa beliau dan semasa pertemuan kami, antara perkara yang dibincangkan tentulah tentang masa depan Sabah.



“Bagaimanapun perinciannya ialah antara saya dengan beliau. Saya tahu perkara yang kami bincangkan dan beliau tahu perkara yang saya maklumkan kepadanya.

“Saya yakin beliau tidak akan menyalahgunakan kedudukannya dan sebagai ketua negeri, biarlah beliau mengambil tanggungjawab ke atas tindak-tanduknya.

“Paling penting, sekiranya benar kita perlu menghadapi pilihan raya negeri, maka kita akan hadapinya.

“Lebih penting bagi saya ialah Allah tahu siapakah yang melakukan perkara yang betul dan siapakah yang menyalahgunakan kedudukan.”



Hamzah berkata demikian apabila ditanya mengenai kenyataan bekas ketua menteri Musa Aman bahawa beliau dan setiausaha politik perdana menteri bertemu Juhar sebelum ini.

Pada sidang media 29 Julai, Musa berkata, Hamzah dan setiausaha politik perdana menteri membuat kunjungan hormat kepada Juhar untuk memaklumkan bahawa gabungan baru yang ditubuhkannya, yang menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN), mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.

Bekas pengerusi Umno Sabah itu mendakwa beliau mendapat sokongan 33 Adun Sabah pada masa itu.

Bagaimanapun Ketua Menteri Mohd Shafie Apdal membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) keesokan harinya selepas mendapat persetujuan Juhar bagi membuka jalan kepada pilihan raya negeri (PRN).



33 Adun terbabit kemudiannya memfailkan permohonan semakan kehakiman yang mempersoalkan pembubaran DUN yang dibuat oleh Juhar pada 30 Julai.

Hamzah berkata, sekiranya benar Juhar mempersetujui pembubaran DUN, maka parti politik di Sabah harus menerima hakikat itu dan bersedia untuk menghadapi pilihan raya.

“Bagi saya mudah. Biarkan perkara yang harus berlaku, berlaku. Perlu ada penyelesaian segera.

“Jika Yang di-Pertua Negeri bersetuju menerima permintaan ketua menteri untuk membubarkan DUN, jika keputusan itu tulen, maka kita hadapi (pilihan raya).



“Kita perlu buat keputusan untuk kepimpinan masa depan negeri ini…kita lakukan bersama-sama. Terserah kepada parti di Sabah untuk bersaing dan memastikan mereka diterima oleh rakyat. Rakyat yang buat keputusan berhubung negeri mereka,” katanya.

Dalam perkembangan lain Hamzah mengumumkan bahawa elaun anggota Rela telah dinaikkan.

Katanya elaun untuk anggota biasa ditambah kepada RM8 daripada RM6 sejam, sementara bagi pegawai RM9.80 sejam.

“Ini menunjukkan kerajaan peka berhubung keperluan mereka supaya anggota terbabit dapat memberi perkhidmatan lebih baik.



Katanya, Sabah mempunyai anggota Rela paling ramai di negara ini, iaitu mewakili 10% atau 298,000 daripada 3.1 anggota di seluruh negara. FMT

Related Articles

2 Comments

    1. Lawan tatap lawan…..kalau berani, kasi balikla sama rakyat Sabah….., Ada lagi “kawan baik saya”, statment manusia bertopengkan …….gedek….gedek….gedek…..memang begitu……tiba2 kawan baik pulak….

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker