Kes Terowong, DAP Jangan Tipu Rakyat

Share

oleh Lau Chin Kok

1. Ini BUKAN tender terbuka sebaliknya penganugerahan projek melalui RFP (Request for Proposal). Bermakna, pembida menghantar permohonan mereka. Setiap permohonan adalah berbeza dan tidak boleh diperbandingkan. RFP juga merupakan PPP (Kerjasama Awam-Swasta). Menurut Prof Jomo, projek PPP lebih mudah disalahgunakan kerana ia adalah ‘off balance sheet’, dan oleh itu tidak dinyatakan di dalam hutang kerajaan.

2. Jawatankuasa tender memang dipengerusikan oleh setiausaha kerajaan negeri & LGE bukan sebahagian daripadanya. Tetapi adakah setiausaha kerajaan negeri itu benar-benar tidak berat sebelah? Pada 5 Ogos, dia dilantik sebagai CEO syarikat kerajaan negeri yang mengendalikan projek PTMP bernilai RM46 bilion, hanya 8 bulan selepas dia bersara. SPRM juga telah memanggilnya memberi keterangan pada bulan Julai.


3. Satu sen pun tidak dibayar. Tetapi setelah pertukaran pemilikan tanah kerajaan negeri dengan nilai RM208 juta, syarikat konsesi telah membangunkan projek mewah bernilai RM800 juta & RM15 bilion. Saya yakin ia adalah keuntungan yang jauh lebih tinggi daripada nilai satu sen.

Leave a Reply