Covid-19 : 9 kes baru hari ini

Sembilan kes baru Covid-19 dilaporkan hari ini berbanding 16 kes dicatatkan semalam, manakala 8 pesakit di sahkan sembuh.

Jumlah kematian kekal 123 orang kerana tiada kematian dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam kenyataannya, 5 pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 2 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Setakat ini, Malaysia merekodkan 8,840 kes Covid-19 dengan 8,574 daripadanya sembuh.



Ketika ini, 143 pesakit Covid-19 dirawat di seluruh negara.

Noor Hisham berkata, daripada 9 kes baru hari ini, 3 adalah kes import dari luar negara dan 6 penularan dalam negara.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker