MCA, MIC tak untung apa-apa sertai PN – penganalisis

MCA, MIC tak untung apa-apa sertai PN – penganalisis

Seorang penganalisis politik memperkecil kemungkinan MCA dan MIC meninggalkan Barisan Nasional (BN) untuk menyertai Perikatan Nasional (PN).

Katanya, langkah tersebut tidak akan mengubah nasib kedua-dua parti itu.



“Lebih sukar jadi pembangkang, kenapa mereka mahu (jadi pembangkang)?” kata felo Majlis Profesor Jeniri Amir.

Beliau mengulas pelawaan Ketua Penerangan Sayap Bersekutu Bersatu S Subramaniam kepada MCA dan MIC untuk menyertai PN.

Menurut laporan Malaysiakini, Subramaniam berkata lebih baik MCA dan MIC menyertai PN kerana mereka “diketepikan” oleh kerajaan Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Kedua-dua parti itu tidak mempunyai wakil dalam Jemaah Menteri.

Jeniri berkata tidak masuk akal untuk MCA dan MIC menyertai PN kerana “pengundi mereka bukan Islam”.



“PAS dilihat tidak sensitif terhadap kepentingan pengundi bukan Islam,” katanya kepada FMT.

Tambahnya, MCA dan MIC tidak akan dapat memenangi undi bukan Islam selagi PAS sebahagian daripada PN.

Jika MCA dan MIC menyertai PN, kedua-dua parti itu akan mengalami nasib sama seperti Gerakan yang gagal memenangi mana-mana kerusi Parlimen, katanya.

Azmi Hassan daripada Akademi Nusantara berkata tidak banyak yang dapat ditawarkan MCA dan MIC kepada PN. Katanya, kedua-dua parti itu hanya berjaya memenangi tiga kerusi majoriti Melayu disebabkan penyokong Umno.



“Dengan tiga kerusi, secara azalinya kerajaan perpaduan tidak mengutamakan mereka,” katanya kepada FMT, sambil menambah ini sifat politik.

Sementara itu, James Chin daripada Universiti Tasmania berkata MCA dan MIC mungkin boleh membantu menjadikan PN kelihatan lebih berbilang kaum.

Kedua-dua parti itu juga mungkin kurang bermasalah untuk bersaing merebut kerusi dengan Gerakan, katanya.

Bagaimanapun, Chin berkata, ketiadaan MCA dan MIC tidak akan menjejaskan kerajaan perpaduan.



“Mereka tidak signifikan dalam kerajaan perpaduan. Secara keseluruhan, mereka hanya ada tiga kerusi.” FMT

MCA, MIC tak untung apa-apa sertai PN – penganalisis

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker