Guan Eng Saman Muhyiddin

Bekas menteri kewangan berkata kenyataan Muhyiddin Yassin bertujuan menunjukkan beliau bersikap perkauman, anti-Melayu, anti-Islam dan seorang pendendam.

Guan Eng Saman Muhyiddin

Pengerusi DAP Lim Guan Eng memfailkan saman terhadap Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin kerana didakwa memfitnahnya sebanyak tiga kali secara berasingan sebelum dan selepas Lim didakwa atas tuduhan rasuah.

Bekas menteri kewangan menuntut permohonan maaf dan menarik balik kenyataan fitnah yang didakwa dibuat Muhyiddin melalui akaun Facebook dan Twitter serta akhbar utama dan portal.



Saman difailkan oleh peguam cara Guok Partnership itu, juga menuntut ganti rugi dan injunksi yang menghalang Muhyiddin dan ejennya daripada mengeluarkan, menerbitkan dan menerbitkan semula kenyataan didakwa berunsur fitnah itu.

Dalam pernyataan tuntutannya, Lim merujuk kepada kenyataan dibuat Muhyiddin mengenainya pada 9 dan 11 Mac di akaun Facebooknya serta kenyataannya kepada media pada 12 Mac.

Kenyataan Muhyiddin mendakwa Lim, menteri kewangan antara 2018 dan 2020, terlibat dalam dakwaan kerajaan terdahulu membatalkan status pengecualian cukai diberikan kepada pertubuhan amal Islam Yayasan Al-Bukhary.

Beliau berkata, penyiaran kenyataan didakwa berunsur fitnah itu menjejaskan reputasinya sebagai ahli politik yang berpengalaman dan dihormati serta mendedahkannya kepada penghinaan dan odium (buruk sangka) umum.



Lim berkata, kenyataan Muhyiddin adalah tidak benar dan berniat jahat, dan menyebabkan dia malu, tertekan dan sakit hati.

Beliau berkata, kenyataan pertama itu diterbitkan pada 9 Mac, sejurus Muhyiddin dibebaskan daripada penahanannya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Masanya adalah disengajakan kerana Muhyiddin sedar bahawa perhatian media tertumpu kepada presiden Bersatu, kata pernyataan tuntutan Lim.

“Yang pertama dibuat dengan tujuan untuk mendapat publisiti murahan (sambil) cuba memesongkan perhatian orang ramai terhadap plaintif (Lim) dengan menolak tuntutan yang tidak wajar dan palsu terhadap plaintif,” katanya.



Lim berkata, kenyataan kedua yang didakwa berunsur fitnah, dibuat menerusi siaran media pada 11 Mac, mendakwa bahawa beliau mengenakan cukai ke atas Yayasan Al-Bukhary dan penalti 45% ke atas cukai yang perlu dibayar untuk tahun-tahun sebelumnya.

Beliau juga berkata, Muhyiddin mendakwa dalam temubual media selepas beliau menyampaikan ucapan penggulungan pada perhimpunan agung tahunan Bersatu pada 12 Mac bahawa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berada di bawah bidang kuasa Lim ketika itu dan pembatalan pengecualian cukai mesti datang daripadanya.

Beliau berkata, ketiga-tiga kenyataan itu diterbitkan secara meluas oleh portal berita dan akhbar.

Lim berkata kenyataan itu, dalam maksud semula jadi dan biasa, bertujuan untuk menunjukkan beliau menyalahgunakan kedudukan dan kuasanya dengan membenarkan pengenaan cukai dan penalti ke atas yayasan kebajikan.



Ia juga bertujuan menunjukkan beliau bersikap perkauman, anti-Melayu, anti-Islam dan seorang yang pendendam, dan bertindak dengan niat jahat.

Pada 10 dan 13 Mac, Muhyiddin didakwa atas empat pertuduhan salah guna kuasa berhubung wang RM232.5 juta berkait dakwaan rasuah daripada tiga syarikat dan satu individu – Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd, Mamfor Sdn Bhd dan Azman Yusoff – untuk Bersatu.

Baki tiga pertuduhan dihadapinya adalah bagi dakwaan pengubahan wang haram RM200 juta, yang dimasukkan ke dalam akaun bank Bersatu.

Muhyiddin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu. FMT



Guan Eng Saman Muhyiddin

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hattan ‘sound’ Syamsul ke?



Rosyam buka cerita Aaron Aziz ‘kena buang’ Syamsul

Giliran Shaarnaz buka mulut mengenai Aaron Aziz dan Syamsul

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker