#PrkSlim : PKR nak letak calon, kem Mahathir pun nak juga

Kem Mahathir mahu bincang dulu dengan PH

Kumpulan Bersatu yang setia kepada Dr Mahathir Mohamad memberitahu mereka mahu berbincang dengan rakan pembangkang dalam Pakatan Harapan (PH) sebelum memutuskan untuk meletakkan calon atau tidak di Slim.

Senator Marzuki Yahya juga berkata kumpulannya juga tidak menolak kemungkinan untuk meletakkan calon walaupun bertembung dengan PKR jika keadaan memerlukan.

“Kami belum buat keputusan lagi buat masa ini tetapi ada juga cadangan untuk kami letakkan calon.



“Tapi perkara ni kita akan bincang juga dengan rakan-rakan PH dan kami rasa terlalu awal untuk buat sebarang pengumuman,” katanya kepada Malaysiakini.

Kerusi Dewan Undangan Negeri Slim kosong berikutan kematian mengejut penyandangnya, Khusairi Abdul Talib, di Hospital Bentong pada 15 Julai lalu.

Beliau merupakan Adun yang mempertahankan kerusi tersebut selama empat penggal atau sejak 2004.

Dalam PRU ke-15 lalu Khusairi memenanginya dengan mengalahkan calon PH, Mohd Amran Ibrahim; serta Muhammad Zulfadli Zainal dari PAS. Arwah memperoleh 8,327 undi dan mengatasi lawan terdekat dengan 2,183 undi.



Terdapat lebih 23,300 pengundi berdaftar untuk kawasan Slim.

Pada PRU lalu Mohd Amran merupakan calon dari Bersatu. Bersatu pula secara umumnya kini bekerjasama dengan BN dan PAS untuk membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN), kecuali sebahagian daripada pemimpinnya yang digelar sesetengah pihak sebagai Bersatu Berprinsip.

Terlalu awal buat ketetapan

Pada 16 Julai, Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, membuat kenyataan bahawa mereka akan meletakkan calon di kawasan itu dalam PRK tidak lama lagi. Mkini



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker