KKM, Dr Noor Hisham Abdullah rangkul Anugerah Brandlaureate 2020

Kecekapan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam tangani krisis COVID-19, sekali lagi diiktiraf apabila menerima anugerah daripada Yayasan Jenama Dunia (The World Brands Foundation).

Dr Noor Hisham menerima Anugerah Brandlaureate atas Kecemerlangan Jenama Kepimpinan 2020, manakala KKM diiktiraf sebagai penerima Anugerah Brandlaureate atas sijil pengiktirafan dan penghargaan.
Dalam perkongsian menerusi catatan di Facebook pada Jumaat, Dr Noor Hisham mengumumkan penerimaan anugerah berkenaan.

“Kedua-dua penghargaan ini mencerminkan dedikasi, komitmen, pengorbanan dan ketahanan setiap individu di KKM dan pelbagai agensi untuk memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik untuk rakyat dan negara.
“Kami telah menghadapi banyak cabaran dan rintangan semasa wabak COVID-19 yang belum pernah terjadi sebelumnya. Walaupun begitu, kami berjaya mengatasi semuanya bersama-sama,” katanya.

Tambahnya lagi, belum pernah ada kerajaan dan masyarakat bekerja bersama untuk kesihatan awam sehingga menjadikan setiap sektor adalah sektor kesihatan dan realitinya ia kini dapat dicontohi orang lain.



Dr Noor Hisham turut zahirkan ucapan terima kasih kepada rakyat atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan kepada barisan hadapan serta pihak berkuasa.

“Terima kasih kepada rakyat atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan kepada barisan hadapan serta pihak berkuasa sepanjang masa yang mencabar ini.

“Marilah kita terus memastikan negara tercinta kita menang dalam perang melawan musuh yang tidak kelihatan ini.

“Kita jaga kita, kita jaga keluarga kita, kita jaga komuniti kita, kita jaga negara kita,” tambah Dr Noor Hisham lagi. AWANI



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker