Sarawak berdepan gelombang ke-2 Covid-19 dengan 10 kes baru

Share

Sarawak kini berdepan permulaan gelombang ke-2 jangkitan Covid-19 selepas 10 kes baru wabak itu dilaporkan hari ini.

Pengerusi jawatankuasa pengurusan bencana negeri Douglas Uggah Embas berkata, beliau mengarahkan Jabatan Kesihatan negeri bersiap-sedia bagi menghadapi gelombang ke-2 virus itu, terutama dalam kalangan petugas barisan hadapan, sekali gus menjalankan ujian saringan rambang di kawasan yang dijangkiti.

Kuching dan Samarahan kini dikategorikan sebagai zon kuning Covid-19, sementara Bintulu masih kekal sebagai zon hijau kerana kes dilaporkan di daerah itu merupakan kes import.


Sarawak merekodkan jumlah kes Covid-19 yang rendah sepanjang beberapa minggu lepas.

Bercakap tentang 10 kes baru Covid-19 yang dilaporkan hari ini, Uggah berkata, 6 daripada mereka adalah di Kuching, sementara masing-masing 2 di Samarahan dan Bintulu.

“Enam daripadanya adalah kes import, sementara 4 yang lain melibatkan jangkitan tempatan,” katanya pada sidang media.


Angka kes positif Covid-19 di Sarawak adalah 594.

Kes jangkitan pertama melibatkan seorang warga emas wanita dari Kuching yang juga menghidap penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi.

Satu kes melibatkan petugas di sebuah hospital swasta di Kuching yang didapati positif virus tersebut. Pesakit dipercayai dijangkiti oleh rakan sekerjanya yang didapati positif Covid-19 pada 15 Julai.


Dua kes jangkitan tempatan lain melibatkan warga tempatan yang menjalani ujian saringan di sebuah hospital swasta. Mereka tidak menunjukkan gejala jangkitan.

Enam kes import melibatkan 4 rakyat Sarawak yang baru pulang dari luar negara dan 2 bukan warganegara yang dijangkiti virus tersebut susulan hubungan rapat dengan seorang pesakit Covid-19, iaitu pekerja sebuah kapal gas asli cecair (LPG).

Dua bukan rakyat Malaysia itu dibawa ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut.

Pada 13 Julai, dilaporkan seorang kru warga Indonesia kapal LPG yang belayar
menuju Sabah didapati positif Covid-19.
FMT

Leave a Reply