Terima 90 Jahitan, Hero Berusia 6 Tahun Ini Sanggup Gadai Nyawa Selamatkan Adik Daripada Gigitan Anjing

Di saat kanak-kanak lain memilih untuk bersuka ria bermain tanpa menghadap risiko, seorang kanak-kanak berusia enam tahun ini memilih untuk menjadi hero selepas sanggup menggadaikan nyawanya demi memastikan adik perempuannya selamat daripada digigit anjing.

Difahamkan semuanya bermula apabila terdapat seekor anjing mahu menerkam adik perempuannya. Tanpa berfikir panjang, hero cilik bernama Bridger ini tampil berada di hadapan adik perempuannya dalam menghalang adik perempuannya digigit.

Sifat keberaniannya mulai dilihat selepas dilaporkan Bridger telah menerima gigitan di muka dan kepala dalam usaha untuk menyelamat namun sanggup melawannya semula serta membimbing tangan adik perempuannya dalam memastikan adik perempuannya selamat.



Insiden penuh ngeri ini telah membuatkan Bridger memerlukan 90 jahitan daripada bekas gigitan yang diterima. Kisah penuh aksi ini telah dikongsikan semula oleh mak cik beliau menerusi laman Instagram serta melabelkan keberanian Bridger setanding para ‘Avengers’.

Perkongsian mengenai keberanian Bridger ini nampaknya turut disambut baik oleh para netizen menerusi #BridgerStrong serta Mark Ruffalo selaku pelakon bagi watak Hulk.

Menurut Bridger, sekiranya terdapat individu yang sepatutnya terkorban dalam insiden tersebut, beliau sanggup menjadi mangsa berbanding adik perempuannya sendiri. Tahniah diucapkan buat Bridger yang sanggup menggadai nyawa demi menyelamatkan adik perempuannya meskipun baru sahaja berusia 6 tahun. Vocket



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker