Semasa keluar ambil anak, Zila Bakarin rasa macam bogel

Sebut sahaja nama Zila Bakarin, pasti ramai sudah terbayangkan kehebatan aktres jelita ini melakonkan watak antagonis sehingga membuatkan ramai yang ‘berdendam’ dengannya. Bukan itu sahaja, sebelum ini Zila Bakarin juga sering dikaitkan antara aktres wanita yang berpakaian saksi.

Tetapi sejak beberapa bulan yang lalu, aktres ini memuatnaik fotonya di Instagram dengan keadaan lengkap bertudung telah mengundang perhatian ramai.

Hujung Disember lalu, pelakon Zila Bakarin ada berkongsi sekeping foto lengkap mengenakan tudung yang sekaligus mengundang perhatian ramai menerusi Instagram.

Sambil menulis kapsyen humor pada foto selfie yang dimuat naik, rata-rata peminat turut memuji penampilan terkininya selain mendoakan agar bintang ini kekal istiqamah.

Sebelum ini, aktres jelita ini mengakui dirinya sudah mengenakan hijab sepenuhnya dan itu adalah keputusan yang dibuat sendiri tanpa paksaan mana-mana pihak.

Terbaru, menerusi laporan yang dipetik daripada Gempak, aktres jelita ini memaklumkan dia terdetik ingin memakai hijab ketika mahu keluar rumah untuk mengambil anaknya pulang dari sekolah. Tambahnya lagi, tiba-tiba terdetik satu perasaan seolah-olah dirinya ‘bogel’.

Semasa nak keluar ambil anak dari sekolah, saya rasa macam tiada seurat benang kat badan sedangkan saya pakai sweater dan jeans.

Tambahnya lagi, saat itu dia terus masuk semula ke dalam rumah dan mengambil selendang sebelum menutup kepalanya.

Saya pergi kat kereta dan tiba-tiba rasa sejuk. Saya ulang alik keluar rumah pun rasa yang sama. Sampailah kali ketiga saya masuk rumah, dan terus terdetik untuk pergi ke laci dan ambik selendang dan terus pakai.

Dia turut mengakui, selepas mengenakan hijab dia berasa seperti dirinya dilindungi.

Malah, ada di antara komen yang ditinggalkan peminat mendapat reaksi balas dari Zila yang turut memberi penjelasan mengenai dirinya yang kini telah pun mengenakan hijab.

“Ni baru je sebulan macam tu, doakan saya ya,” maklum bintang drama Dendam Aurora itu selepas ditanya mengenai detik dirinya berhijab.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
MB

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker