Skandal Terowong: Tiada Pilihan Selepas Terbongkar, Kini DAP Mengaku Bayar Ratusan Juta

Saya bongkarkan lagi cara DAP menipu Rakyat.

Selama ini, propaganda DAP ialah mereka tak pernah bayar satu sen pun untuk projek terowong.

Hari ini, Ketua Menteri DAP Pulau Pinang akhirnya mengaku bahawa kerajaan Pulau Pinang memang sudah membayar ratusan juta untuk laporan-laporan bagi 3 jalan berkembar yang merupakan KOMPONEN projek terowong.

“What we have been paying is only for the feasibility study of the three paired roads project, another component of the project. We have not paid anything for the Penang Undersea Tunnel project,” he told newsman at his office in Komtar this afternoon.
https://www.nst.com.my/news/nation/2020/07/608840/penang-says-it-never-paid-undersea-tunnel-project-feasibility-study

Dulu kata satu Sen tak dibayar,kini kata ada bayar tapi hanya bayar untuk komponen projek.
Pandai.

Projek RM6.3 bilion ini mengandungi 4 komponen – terowong dan 3 jalan berkaitan.

Kos keseluruhan laporan-laporan sahaja ialah RM305 juta.

Yang telah dibayar ialah sekurang-kurangnya RM220 juta bagi kos laporan 3 jalan.

Sebelum ini, saya pernah dedahkan bagaimana kos laporan terowong sudah diagihkan kepada komponen jalan.
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157186318305952

Tengok bagaimana kerajaan DAP agihkan bahagian terbesar kos laporan RM305 juta kepada lebuhraya pertama projek terowong.

Kos laporan kebolehlaksanaan bagi lebuhraya dengan kos pembinaan sebanyak RM377.6 juta adalah sebanyak RM120.4 juta berbanding kos laporan hanya RM96.2 juta sahaja untuk terowong bawah laut yang lagi rumit dengan kos pembinaan RM3.5 bilion.

Ya, kos laporan untuk membina jalan berharga RM377.6 juta ialah RM120.4 juta.

Langkah ini dibuat kerajaan DAP untuk membayar lebih banyak wang kepada syarikat terowong dengan lebih awal kerana laporan terowong asyik tertangguh sejak 7 tahun lalu.

Sebab itu, tanah bernilai RM220 juta daripada jumlah kos RM305 juta telah selesai dibayar sejak tahun 2015 untuk kos laporan walaupun laporan bagi terowong tak pernah siap sehingga hari ini.

Dengan bayaran dalam bentuk tanah tepi laut yang lebih besar secepat mungkin maka syarikat terowong boleh lah siapkan pembinaan kondo-kondo mewah lebih awal untuk mengaut keuntungan.

Bagaimana pula dengan laporan bagi terowong yang dia umum sudah 98% siap pada bulan Ogos tahun lalu?

Dia kata laporan dijangka siap pada suku ke-4 tahun ini – iaitu hampir 8 tahun sejak projek diberi.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2020/07/15/not-a-single-sen-paid-yet-for-undersea-tunnel-penang-cm-reiterates/

Sumber: FB Najib Razak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker