Trump akhirnya pakai pelitup muka

 

President Donald Trump wears a face mask as he walks down a hallway during a visit to Walter Reed National Military Medical Center in Bethesda, Md., Saturday, July 11, 2020. (AP Photo/Patrick Semansky)

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dilihat memakai pelitup muka untuk kali pertamanya di khalayak ramai seperti yang disyorkan pasukan pegawai kesihatan AS sebelum ini.

Ia sekali gus menunjukkan beliau terpaksa tunduk kepada tekanan kuat supaya memberikan contoh terhadap kesihatan awam yang baik di saat negara itu diancam teruk COVID-19.

Trump dilihat memakai pelitup muka berwarna hitam ketika beliau berjalan di koridor hospital tentera Walter Reed, di luar Washington bagi bertemu dengan veteran perang yang cedera.



“Saya rasa sangat bagus memakai pelitup muka.

“Saya tidak pernah menentang pemakaian pelitup muka, namun saya percaya ada masa dan tempatnya,” kata Trump sebaik sahaja meninggalkan White House.

Tindakan Trump itu mendapat perhatian selepas beliau dilihat sering tidak mengikut garis panduan pencegahan COVID19 di saat negara Uncle Sam itu mencatatkan angka jangkitan dan kematian tertinggi akibat virus tersebut.

Penganalisis menyatakan tindakan Trump yang menolak memakai pelitup muka dalam kebanyakan acara kerana khuatir ia akan membuatkan dirinya kelihatan lemah dan menjejaskan pemulihan ekonomi.



Tindakan Trump itu disifatkan perlu ketika presiden AS itu sedang mengalami persaingan daripada calon Demokrat Joe Biden dalam pemilihan pada pilihan raya November ini.

Trump dengan tegas mempertahankan pentadbirannya dalam menangani pandemik itu walaupun AS adalah negara yang paling teruk dilanda wabak itu.

Awani

Trump pegang Bible cetus kemarahan pemimpin gereja



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker