Netizen bersorak tiada lagu raya Aliff Syukri tahun ini

Netizen bersorak tiada lagu raya Aliff Syukri tahun ini

Berita gembira buat industri seni tanah air apabila usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan tidak akan melancarkan lagu raya tahun ini akibat menjadi mangsa penipuan seorang komposer yang tidak didedahkan identitinya.

Aliff, 37, berkata, lagu yang sepatutnya dilancarkan Aidilfitri tahun ini sudah menjadi milik orang lain dan perkara tersebut membuatkan hatinya remuk.



“Maafkan saya, komposer buat tahi. Curi lagu dan lirik beri kepada artis lain.

“Maaf sebab saya kecewakan kalian. Saya mungkin tak dapat keluarkan lagu raya tahun ini untuk semua.

“Saya kecewa dengan industri muzik Malaysia yang tak pernah menghargai bakat saya,” coretnya menerusi satu hantaran Instagram.

Jelas pemilik nama lengkap Aliff Syukri Kamarzaman itu lagi, dia terpaksa membawa diri ke luar negara untuk menonjolkan bakat nyanyian yang tidak dihargai di tanah kelahiran sendiri.



“Saya terpaksa bawa diri untuk menunjukkan bakat saya keluar negara di mana rakyat mereka lebih menghargai saya.

“Maaf rakyat Malaysia anda akan kemurungan tanpa lagu saya saya (tahun) ini,” ujarnya.

Menjengah ruangan komen, ramai dalam kalangan peminat secara sinikal berpura-pura sedih dengan perkhabaran tersebut.

“Malaysia berduka cita dengan berita ini Datuk. Saya jangka ramai yang tak nak beraya tahun ini,” cuit seorang netizen.



Terdahulu, Aliff tidak pernah gagal meluncurkan lagu raya yang mendapat kritikan ramai menerusi single berjudul Chu Ku Chuk Raya tahun lalu, Kelepok Raya (2022) dan Lala Raya (2021). K Online

Netizen bersorak tiada lagu raya Aliff Syukri tahun ini

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kalau suami orang menggatal, aku maki terus – Puteri Balqis

Tangkap basah sebab ‘marketing’ drama?



Bukan tangkap basah – Ruhainies

Netizen serang IG Risteena



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker