Terima kasih MP PAS dan yang se-Sheraton dengannya – Mat SabuTerima kasih MP PAS dan yang se-Sheraton dengannya – Mat Sabu

Terima kasih MP PAS dan yang se-Sheraton dengannya – Mat Sabu

Timbalan Presiden Amanah, Mohamad sabu mengucapkan penghargaan kepada ahli parlimen PAS yang hari ini mengundi menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 dan Peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti.

“Terima kasih ahli-ahli parlimen PAS dan yang se-Sheraton dengannya.



“Walaupun semalam tanpa rasa bersalah, tanpa rasa malu mereka menyokong Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma), tapi hari ini sekurang-kurangnya mereka tak menentang RUU antilompat parti.

“Terima kasih,” kata Mohamad yang juga ahli parlimen Kota Raja dalam hantaran Facebook.

Terdahulu Dewan Rakyat hari ini meluluskan pindaan perlembagaan berhubung tindakan melompat parti, menerusi Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 dan Peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti.

RUU itu diluluskan menerusi undi belah bahagian dengan 209 ahli parlimen mengundi menyokong dan tiada menentang, manakala 11 orang tidak hadir.



Semalam, Dewan Rakyat meluluskan usul lanjutan Subseksyen 4(5) Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) (Akta 747) untuk terus berkuat kuasa bagi tempoh lima tahun lagi walaupun mendapat batahan pembangkang.

Usul dibawa Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin itu diluluskan setelah melalui undi belah bahagian yang menyaksikan 111 Ahli Parlimen bersetuju manakala 88 tidak bersetuju dan 21 tidak hadir.

Untuk rekod Amanah merupakan parti serpihan PAS dan sebahagian daripada kerajaan Pakatan Harapan (PH) selepas gabungan itu memenangi pilihan raya umum (PRU) pada 2018.

Bagaimanapun, kerajaan PH hanya bertahan selama 22 bulan apabila berlaku kemelut politik yang dikenali sebagai ‘Langkah Sheraton’ pada Feb 2020.



Langkah Sheraton merujuk kepada pertemuan 11 ahli parlimen PKR diketuai timbalan presidennya ketika itu Azmin Ali bersama ahli politik dari Bersatu, BN, PAS, GPS dan Warisan di Hotel Sheraton Petaling Jaya.

Kemelut politik itu menyaksikan kerajaan PH yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad tumbang dan terbentuknya gabungan politik baru dikenali sebagai Perikatan Nasional (PN), di mana PAS merupakan sebahagian daripadanya. Mk

Terima kasih MP PAS dan yang se-Sheraton dengannya – Mat Sabu


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Bihun Soto Tersedap, Wajib Menambah 2, 3 Kali!

Penyokong pendidikan seks puji demonstrasi kondom di sekolah



Wanita Mat Salleh lebih Melayu daripada Melayu, tabah diuji suami sakit



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker