Parti Mahathir amik bekas calon DAP jadi calon PRN Johor

bekas calon MP DAP bagi Tanjung Piai Mahdzir Ibrahim merupakan antara 42 calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang bercadang bertanding dalam pilihan raya negeri.

Pejuang, yang mendedahkan senarai calon mereka di Muar petang tadi, berkata Mahdzir akan bertanding di Semerah manakala Nornekman akan bertanding di Kempas, bekas kerusi bapanya.

Calon terkenal lain ialah Pengerusi Pejuang Johor Shahruddin Md Salleh yang akan bertanding di Machap. Dia juga merupakan Ahli Parlimen Sri Gading dan penyandang Adun Bukit Pasir.



Bukit Pasir dianggap berada dalam lingkungan pengaruh Muhyiddin Yassin, yang merupakan presiden Bersatu. Pejuang ialah parti serpihan Bersatu.

Muhyiddin ialah ahli parlimen Pagoh, di mana Bukit Pasir menjadi salah satu kerusi DUN di bawah kawasan pilihan raya persekutuan.

Sementara itu, Pejuang juga akan menurunkan Zaini Abu Bakar di Kota Iskandar. Dia sebelum ini ialah Adun bagi kerusi itu dari 2013 hingga 2018 di bawah Umno.

Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir mengulangi pendirian partinya akan bertanding secara solo pada pilihan raya Johor 12 Mac depan.



“Ini tawaran kami, sememang kita fikir panjang, sekira diberi mandat oleh rakyat, akan kita tubuh sebuah kerajaan negeri yang boleh laksanakan segala yang kita senaraikan dalam deklarasi Johor sebagaimana yang diumumkan oleh Tun Dr Mahathir.

“Kami yakin daripada jumlah (calon), sekiranya ramai boleh menang, kita boleh lantik exco yang mempunyai pengalaman yang padan dengan tanggungjawab yang mereka pikul,” katanya.

Mukhriz berkata Pejuang tidak berhasrat membantu sebarang parti lain di kawasan yang tidak ditandinginya.

Berikut senarai lengkap 42 orang calon Pejuang:



  • N01 Buloh Kasap: Mohd Hanafi Ahmad
  • N03 Pemanis: Dr Azita Amrin
  • N04 Kemelah: Norizan Sahardin
  • N05 Tenang: Mohd Fauzi Bachok
  • N07 Bukit Kepong: Md Taib Md Suhut
  • N08 Bukit Pasir: Mohd Akhiri Mahmood
  • N09 Gambir: Suraya Sulaiman
  • N10 Tangkak: Muhammad Airel Zabridin
  • N11 Serom: Abdul Azim Abdul Malek
  • N13 Simpang Jeram: Mahaizal Mahmor
  • N14 Bukit Naning: Datuk Ibrahim Shafe’e
  • N15 Maharani: Riad Ahmad
  • N16 Sungai Balang: Intan Nadira Shafika Mustafa Kamal @ Mohd Najib
  • N17 Semera: Mahdzir Ibrahim
  • N18 Sri Medan: Mohd Firdaus Abdul Malek
  • N20 Semarang: Adzlan Raju
  • N21 Parit Yaani: Mohd Ridhauddin Mohd Tahir
  • N22 Parit Raja: Abdul Lateef Mahrani
  • N24 Senggarang: Zalihah Jaffar
  • N25 Rengit: Nizam Bashir Abdul Kariem Bashir
  • N26 Machap: Datuk Dr Sharuddin Md Salleh
  • N27 Layang Layang : Ahmad Shafiq Othman
  • N30 Paloh: Aminuddin Johari
  • N31 Kahang: Rosdi Amir
  • N32 Endau: Zaini Tahar
  • N33 Tenggaroh: Mohd Firdaus Abd Rahman
  • N34 Panti: Ahmade Mohd Din
  • N35 Pasir Raja: Mohd Yusri Yusof
  • N36 Sedili: Tariq Ismail Mustafa
  • N37 Johor Lama: Mohd Shukor Ahmad
  • N38 Penawar: Rahmatullah Kamilin
  • N39 Tanjung Surat: Samat Atan
  • N40 Tiram: Datuk Abdul Aziz Harun
  • N41 Puteri Wangsa: Dr Khairil Anwar Razali
  • N43 Permas: Mahaya Ahad
  • N44 Larkin: Mohamad Riadz Mohamad Hashim
  • N47 Kempas : Nornekman Osman
  • N49 Kota Iskandar: Dr Zaini Abu Bakar
  • N50 Bukit Permai: Mokhtar Abdul Wahab
  • N53 Benut: Iskandar Noor Ibrahim
  • N54 Pulai Sebatang: Abd Rashid Abd Hadi
  • N56 Kukup: Zamzam Hashim

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19



Dakwaan petunjuk baharu MH370

Encik Sajat kini wanita sah di Australia



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker