#PrkKimanis : Anti Semenanjung, Shafie lupa dia pernah dilantik Pengerusi Umno Kedah.

Presiden parti Warisan, Tan Sri Shafie Apdal menuduh UMNO sebagai parti rasis dan bersikap kuku beai. Beliau juga menuduh UMNO tidak berbuat apa-apa untuk Sabah kerana pentingkan Semenanjung sahaja.

Shafie terlupa bahawa BN telah memperuntukkan dana yang amat besar kepada Sabah. Beliau menjadi Menteri KKLW selama 7 tahun tetapi gagal menjalankan tugasnya dengan baik.
Penyelewengan terbesar dalam sejarah negara berlaku dalam projek bekalan air di Sabah dengan nilai berbillion. Lupakah Shafie?

Shafie mungkin terlupa bahawa dia pernah menjadi Naib Presiden UMNO dengan undian tertinggi dari ahli UMNO. Pastinya ramai yang mengundi beliau adalah dari Semenanjung.

Jadi di mana logiknya bila beliau menuduh dan memfitnah UMNO yang amat berjasa kepadanya. Apa yang beliau ada hari ini adalah hasil dari pebglibatannya dalam UMNO. Malah UMNO juga pernah melantik beliau untuk menerajui UMNO Kedah walaupun dia dari Sabah.

Elok Shafie bermuhasabah dirinya dan hentikan memfitnah UMNO.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker