Sekolah Akan Dibuka Secara Berperingkat Bermula 24 Jun 2020

Share

Sidang Media Khas YB Senator Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin, Menteri Kanan Pendidikan telah mengumumkan bahawan sekolah akan dibuka secara berperingkat bermula 24 Jun 2020 namun hanya melibatkan pelajar yang akan menduduki peperiksaan awam dan antarabangsa yang setara pada tahun ini, kata Menteri Kanan (Pendidikan) Dr Mohd Radzi Md Jidin.

Beliau berkata  ini membabitkan pelajar yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM),  Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) serta peperiksaan antarabangsa.

Katanya Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah telah diedarkan ke sekolah-sekolah pada 4 Jun lepas sebagai panduan agar persiapan rapi dapat dibuat sebelum sesi persekolahan bersambung kembali.

Teks Ucapan Sidang Media YBMK Pendidikan berhubung Pengumuman Tarikh Pembukaan Semula Sekolah_10 Jun 2020

One thought on “Sekolah Akan Dibuka Secara Berperingkat Bermula 24 Jun 2020

  • June 11, 2020 at 00:42
    Permalink

    Sekarang nie tengah meriah, macam berpesta orang nak sambut tamatnya PKPB dan hari raya, dikhuatiri dekat2 masa sekolah nak buka nanti, kes jangkitan akan meningkat kembali.

    Reply

Leave a Reply