[Video] Viral; PakSu Tengku Zafrul buat ‘video call’ kepada Rosnizam…

Terkini di My KMU !!!!---->

Masya Allah, nampaknya pilihan yang PM kita, TS Muhyiddin a.k.a. abah buat untuk menjawat jawatan terpenting dalam kerajaan yang menguruskan kewangan negara memang tepat ibarat kata orang putih ‘right person for the right time’.

Beliau bukan sahaja bijak menguruskan hal ehwal kewangan negara daripada kononnya, negara kita akan ‘bangkrap’ kerana banyak hutang kepada pengurusan kewangan yang berhemah dan prihatin terutamanya kepada kesus4han yang ditanggung oleh rakyat jelata terutamanya pada musim PKP ni.

Beliau bukan sahaja bijak bermain dengan ‘ringgit dan sen’ daripada khazanah kekayaan negara tetapi juga prihatin dengan perkembangan semasa. Melalui sebuah posting di media sosial hari ni, dia yang juga mula popular dengan gelaran Pak Su, telah memuat naik sebuah video yang mula viral…

Skim bantuan bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang mula diperkenalkan untuk memberi sedikit kelegaan kepada rakyat marhaen telah mula mendapat pulangan menguntungkan kepada seorang netizen, En Rosnizam dan isteri, untuk memulakan perniagaan kambing perap.

Berikut adalah muat yang ditulis Pak Su Tengku Zafrul…

Antara #CeritaPrihatin yang telah menarik perhatian saya adalah daripada En. Rosnizam yang berasal daripada Bertam, Pulau Pinang. Beliau telah menggunakan wang BPN untuk memulakan perniagaan kambing perap yang dijual melalui atas talian. Ikuti perkongsian En. Rosnizam melalui rakaman panggilan video saya dengan beliau.

SEPIT BIRU

Leave a Reply