PH dan sekutu ada 107 kerusi parlimen – Anwar

Share

Pakatan Harapan dan sekutunya kini mempunyai sokongan 107 anggota parlimen dalam Dewan Rakyat, kata Anwar Ibrahim.

Ketua pembangkang mendedahkan perkara itu semasa sesi siaran langsung di Facebook hari ini, yang antaranya menyentuh berkaitan mesyuarat PH, Warisan dan kumpulan Dr Mahathir Mohamad di Petaling Jaya semalam.

“Kita berkumpul dan kita capai satu persetujuan. Apa pun strategi harus bersama. Pembangkang harus teguh dengan pendirian mereka.

“Sekarang ini 107 (sokongan) dalam kumpulan ini. Dan kita akan mara ke depan dalam satu pasukan untuk pastikan mandat rakyat dihormati.

“Dan kecelaruan, kebobrokan dan rasuah itu dihentikan,” katanya.

Mesyuarat di ibu pejabat PKR semalam turut dihadiri oleh pemimpin Warisan Shafie, Setiausaha Agung PKR Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu.

Mesyuarat itu dikatakan bagi membincangkan, antara lain, calon perdana menteri untuk merampas kembali kerajaan pusat daripada Perikatan Nasional (PN).

Mkini

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!