Restoran sedia terima pelanggan tapi SOP cetus persoalan

Restoran sedia terima pelanggan tapi SOP cetus persoalan

Restoran sedia terima pelanggan tapi SOP cetus persoalan

Pemilik restoran umumnya menyambut baik langkah kerajaan membenarkan mereka kembali berniaga selepas ditutup sejak 18 Mac, tetapi ramai bimbang syarat penjarakkan sosial tidak mudah dilaksanakan.

Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), yang mewakili kira-kira 10,000 pemilik restoran mamak, berkata ahlinya sedia menerima pelanggan dan mematuhi tatacara operasi standard mengikut perintah kawalan pergerakan bersyarat yang diumumkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini.



Ini termasuk jarak 2 meter antara meja, penjarakkan sosial 1 meter di kaunter juruwang, pensanitasi untuk pelanggan dan topeng untuk kakitangan.

Muhyiddin berkata restoran juga perlu mengambil nama dan nombor telefon pelanggan bagi membolehkan pihak berkuasa mengesan mereka jika sebarang jangkitan dilaporkan di restoran itu.

Presiden Jawahar Ali Taib Khan bagaimanapun berkata peraturan penjarakkan meja 2 meter bermakna bilangan pelanggan yang lebih kecil untuk restoran kecil.

“Kedai di lot sederhana luas hanya boleh memuatkan 4 meja, bermakna pada satu-satu masa, hanya 8 orang dibenarkan duduk jika peraturan 2 meter itu dikuatkuasakan,” kata Ali kepada FMT.



Sementara itu, bekas presiden Ayoob Khan Muhamad Yakub sama sekali tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan membenarkan restoran menerima pelanggan makan di kedai.

Beliau berkata pihak berkuasa sewajarnya tunggu sehingga selepas Hari Raya, mengatakan tidak banyak perniagaan di bulan puasa.

Beliau juga berkata tidak mudah melaksanakan penjarakkan sosial dan mengambil nombor telefon pelanggan.

“Akan ada pelanggan yang degil. Bagaimana kalau mereka enggan?” katanya, dan menambah Malaysia harus belajar dari Singapura yang menyaksikan peningkatan jangkitan dalam komuniti warga asing.



“Kita patut hanya dibuka untuk makanan bawa pulang buat masa ini,” katanya.

Persatuan Pemilik Kedai Kopi Malaysia Singapura juga bimbang.

Katanya, kebanyakan 21,000 ahlinya dibuka untuk makanan bawa pulang.

Presiden Ho Su Mong tertanya bagaimana SOP baru akan dilaksanakan, terutama mengambil butiran pelanggan.

“Saya fikir mengehadkan bilangan pelanggan di setiap meja adalah peraturan yang baik, tetapi sukar untuk rekod butiran semua orang yang makan di kedai – terutama kedai-kedai kecil dengan bilangan kakitangan yang kecil,” katanya.



“Kita mahu ekonomi dibuka, tetapi kesihatan awam lebih penting mengatasi hal lain.”

Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia berkata akan ada kesilapan dalam mematuhi garis panduan itu.

“Oleh kerana ini sesuatu yang baru dan kami tidak ada pengalaman dengan SOP seperti ini, kesilapan tanpa niat boleh berlaku,” kata Presiden T Muthusamy.

Beliau berkata pihak berkuasa harus menguatkuasakan peraturan menerusi “pendekatan mendidik dan ramah”.



FMT

Restoran sedia terima pelanggan tapi SOP cetus persoalan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Jika tiada pelanggan, kami mampu bertahan 2 minggu sahaja lagi



 


Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker