1 kes kematian, 69 kes baru Covid-19

Share

Satu kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini, mangsa ke-103 sehingga kini, berbanding 2 kematian semalam.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan 69 kes jangkitan baru dilaporkan hari ini berbanding 57 semalam, menjadikan jumlah keseluruhan 6,071 mangsa.

Ketika kini, seramai 1,758 mangsa sedang menerima rawatan.

Dalam pada itu, seramai 39 mangsa pulih dan dibenarkan keluar wad, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang sembuh 4,210 orang sehingga kini.

FMT

Leave a Reply