Man Raja Lawak sediakan RM50,000 untuk bantu rakyat Malaysia yang susah

KETIKA segelintir selebriti tanah air berkongsi kisah sedih kehilangan pendapatan akibat penularan pandemik COVID-19, pelawak terkenal tanah air, Man Raja Lawak pula tampil menghulur bantuan kepada yang benar-benar memerlukan.

Man atau nama sebenarnya, Abd Rahman Kasim berhajat membantu meringankan beban masyarakat yang benar-benar terkesan dengan wabak COVID-19 yang telah menjejaskan kehidupan sebahagian besar daripada rakyat Malaysia.
Atas dasar tanggungjawab sesama manusia, Man tanpa ragu-ragu memperuntukkan RM50,000 hasil daripada kemenangannya pada pertandingan Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019.

“Situasi sekarang amat terkesan kepada semua warga Malaysia termasuk saya dari segi emosi dan kewangan.

“Saya Abd Rahman B Kasim sebagai warga Malaysia dengan rendah hati terpanggil untuk berkongsi hadiah wang tunai hasil juara MLM 2019 tempoh hari bagi meringankan beban anda untuk meneruskan kehidupan.



“Sesiapa yang benar-benar memerlukan bantuan sahaja yang akan saya layan dan sila DM (direct message) berikan detail (maklumat lengkap) kenapa saya harus membantu anda sehinggalah bajet 50K (RM50,000) habis digunakan sepenuhnya,” tulis Man dalam entri di Instagram peribadinya.

Awani

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker