30,000 majikan diberi pengecualian bayaran levi selama 6 bulan

Lebih 30,000 majikan yang berdaftar dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB), akan diberikan pengecualian pembayaran levi selama 6 bulan, dari April hingga September.

Menteri Sumber Manusia M Saravanan dalam kenyataannya hari ini berkata, inisiatif itu merupakan usaha kerajaan dalam menjaga kebajikan dan meringankan beban yang ditanggung majikan dan rakyat, akibat penularan Covid-19, selain memastikan pasaran pekerja tempatan terus utuh.

“Tiada sebarang pendaftaran diperlukan majikan, kerana semua majikan berdaftar dengan PSMB akan dikecualikan daripada membuat caruman secara automatik,” katanya.

Di bawah Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad 2001 (Akta 612), semua majikan tergolong dalam 63 sub-sektor daripada 3 sektor utama iaitu perkilangan, perkhidmatan serta perlombongan dan pengkuarian, yang mempunyai 10 atau lebih kakitangan adalah diwajibkan berdaftar dengan PSMB, dan membayar levi Pembangunan Sumber Manusia pada kadar 1% daripada keseluruhan gaji bulanan pekerja mereka.



Majikan atau pekerja yang ingin mengetahui lebih lanjut berhubung pengecualian levi itu, boleh melayari laman sesawang www.hrdf.com.my atau menghubungi perkhidmatan pelanggan PSMB di [email protected] atau di talian 1800-88-4800.

FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker