11 kematian Covid-19, terbaru babit pesakit HUKM

Satu lagi kematian dicatatkan akibat Covid-19, menjadikan keseluruhan 11 pesakit meninggal dunia setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pesakit itu ialah warganegara Malaysia berusia 70 tahun dengan latar belakang penyakit kronik.

“Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia pada Februari 2020. Kementerian Kesihatan juga dimaklumkan beliau merupakan pengerusi surau kawasan setempat beliau,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Hisham berkata, pesakit itu mula menunjukkan gejala seminggu sebelum dimasukkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (dahulu dikenali sebagai HUKM) di Cheras pada 18 Mac lalu.

Beliau berkata, lelaki itu disahkan positif Covid-19 keesokannya dan diberi bantuan pernafasan di unit rawatan rapi.

“Kesihatannya merosot hari demi hari dan disahkan meninggal dunia pada 22 Mac 9.05 malam.”

FMT



Kematian Covid-19 di AS lepasi 3,000

Covid-19 : 3 kes baru sahaja.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker