Covid-19 : 3 kes baru sahaja.

9 pesakit sembuh atasi 3 kes baru Covid-19

Tiga kes baru Covid-19 dicatatkan dalam tempoh 24 jam lalu, manakala 9 pesakit sembuh hari ini.

Jumlah kematian kekal 121 orang kerana tiada kematian dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata, 3 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU), tetapi tiada yang memerlukan bantuan pernafasan.



Setakat ini, Malaysia merekodkan 8,590 kes Covid-19 dengan 8,186 daripadanya sudah sembuh.

Kini, 283 pesakit Covid-19 masih dirawat di seluruh negara.

Hisham berkata, 3 kes baru itu ialah jangkitan tempatan yang membabitkan 1 warganegara dan 2 warga asing.

“Tiada kes import yang mendapat jangkitan di luar negara dilaporkan hari ini.”



Beliau berkata, 1 daripada warga asing itu datang daripada kluster Pedas di Negeri Sembilan, manakala 2 lagi kes kluster meninggal di rumah (MDR) di Sabah.

Dua pesakit itu yang masing-masing ialah seorang warganegara dan warga asing yang merupakan ahli keluarga kes ke-8,506.

Kes MDR itu membabitkan seorang warga emas yang meninggal dunia di rumah akibat komplikasi sakit jantung pada 12 Jun lalu.

FMT



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker