Mahathir tolak Anwar, hanya kerjasama dengan Dap dan Amanah.

Dr Mahathir hanya berkerjasama dengan Amanah dan DAP, tidak lagi dengan PKR

Tun Dr Mahathir Mohamad memutuskan hanya berkerjasama dengan Amanah dan DAP dan tidak lagi menganggotai Pakatan Harapan (PH) Plus, lapor Sin Chew Daily.

Keputusan itu dibuat selepas Parti Keadilan Rakyat (PKR) pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak cadangan mencalonkan Dr Mahathir sebagai perdana menteri.

Dr Mahathir yang juga merupakan Ahli Parlimen Langkawi itu mengulas sama ada beliau akan bekerjasama dengan Anwar selepas PKR bertegas menolak cadangan menamakan Dr Mahathir sebagai perdana menteri.

“Saya tidak akan bekerjasama dengan Anwar Ibrahim kerana dia tidak mahu bekerja dengan saya. Saya perlu cari cara lain untuk jadi Perdana Menteri. Mungkin ada cara lain,” kata Dr Mahathir dalam satu temu bual dalam talian dengan Sin Chew Daily pada Selasa.

Iklan
Pencalonan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri sekiranya PH Plus berjaya membentuk kerajaan kembali turut disokong oleh Warisan dan ahli parlimen Bersatu yang menyokong beliau.

Dr Mahathir memberitahu beliau akan terus bekerjasama dengan Amanah dan DAP kerana dua parti ini menyedari keperluan mempunyai parti teras Melayu.

Dr Mahathir berkata beliau sanggup keluar daripada PH tetapi akan terus bersama DAP dan Amanah.

“Mereka sudah lama menjadi parti pembangkang. Mereka cuba menang pada 2008 dan 2013 sebelum saya menyertai mereka, tetapi mereka kalah dan tidak boleh menang. Jadi, pada PRU14 saya sertai mereka.

“Mereka tahu mereka perlukan undi Melayu untuk menang, dan mereka fikir saya boleh bawa undi Melayu kerana parti utama ialah parti Melayu dan yang lain parti pelbagai kaum. Melayu tidak akan sokong parti majmuk,” katanya.

PH kini bergolak ekoran keputusan PKR bertegas mahu Anwar menjadi calon perdana menteri manakala DAP dan Amanah pula cenderung menyokong Dr Mahathir.

Alasan yang diberikan oleh DAP dan Amanah ialah hanya Dr Mahathir mampu menarik sokongan ahli parlimen lain manakala Anwar gagal mendapatkannya biarpun telah diberikan masa yang secukupnya.

Awani

Related Articles

One Comment

  1. Parti lain parti pelbagai kaum? Takde parti Melayu?

    Putar putar putar sampai atok sendiri dah pening byk sgt menipu dan mengSPIN….utk info Mahathir, PAN adalah parti MELAYU! Dah ada parti Melayu dalam DAP(ph).

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker