Kematian Covid-19 di AS lepasi 3,000

Kematian akibat Covid-19 di Amerika Syarikat melepasi 3,000 orang dengan lebih 163,000 kes positif setakat ini, menurut statistik Universiti Johns Hopkins.

AS mencatatkan 3,008 kematian, manakala 163,429 kes positif mendahului Itali, Sepanyol dan China.

Presiden Donald Trump dikritik atas kelewatan respons awal kerajaan persekutuan yang menyebabkan penularan pantas pandemik itu.

Keadaan hospital di New York dan daerah lain menunjukkan sistem kesihatan AS tidak bersiap sedia dengan bekalan asas seperti topeng dan alat bantuan pernafasan.

Ahad lalu, Trump membatalkan rancangannya membuka semula sebahagian besar kawasan di AS menjelang Hari Easter pada 12 April ini dan melanjutkan garis panduan jarak sosial sehingga akhir April selepas saintis menunjukkan data berhubung peningkatan krisis Covid-19.

Trump berkata, kadar kematian di AS mungkin meningkat selama 2 minggu dan menyifatkannya ramalan saintis kanan, Anthony Fauci yang Covid-19 boleh meragut sehingga 200,000 nyawa sebagai “mengerikan”.

FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker