Kes Lucah Ebit Lew: Mesej perbualan dipadam tak dapat diperoleh

TENOM: Seorang saksi dalam perbicaraan kes pendakwah Ebit Irawan Ibrahim Lew, atau Ebit Lew, memberitahu Mahkamah Majistret bahawa mesej perbualan dalam aplikasi WhatsApp telefon bimbit seorang wanita yang dipadam tidak berjaya diperoleh.

Juruanalisis Kanan Audio Video PDRM, Latifah Abdul Aziz, 43, berkata hasil analisis beliau ke atas telefon bimbit milik pengadu dalam kes itu mendapati aplikasi WhatsApp adalah platform yang tidak menyimpan sebarang data.

“Oleh itu, sebarang mesej perbualan yang dipadam, data tersebut tidak boleh diperoleh,” kata saksi pendakwaan ketujuh itu ketika pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad.



Justeru, beliau tidak mempunyai pengetahuan sepenuhnya sama ada wujud mesej perbualan atau tidak dalam aplikasi WhatsApp telefon bimbit tersebut.

Nor Azizah: Boleh kamu jelaskan kenapa kamu setuju dengan soalan (peguam) Ram Singh bahawa kemungkinan ada mesej yang mungkin telah dipadamkan.

Latifah: Mohon rujuk tangkap layar bertarikh 7 Ogos 2021 yang memaparkan kandungan perbualan daripada aplikasi WhatsApp, saya bersetuju sekiranya ada mesej yang mungkin dipadamkan tetapi saya tidak dapat pastikan.

Beliau berkata berdasarkan tangkap layar itu, tertera perkataan “deleted messages” dalam kandungan perbualan aplikasi WhatsApp, justeru ada kemungkinan mesej telah dipadam namun ia tidak dapat dipastikan sepenuhnya.



Lew, 38, berdepan 11 pertuduhan termasuk mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui WhatsApp antara Mac dan Jun 2021.

Dia didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani bersambung esok.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rosyam saran buka rumah pelacuran untuk warga asing



Nabila Huda mengamuk, mahu dedah semua kejahatan

Saiful Apek beri nasihat makan dalam semasa ziarah jenazah arwah Hamdan (Video)



Shuib selamatkan Ajak terkandas di pulau dengan helikopter

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker