Dap mahu MB Perak mohon maaf.

Share


Ahli Parlimen Ipoh Timur Wong Kah Woh dari DAP tidak boleh terima kenyataan Faizal yang “mengangkat wakil-wakil pembangkang tetapi memperlekehkan sahabat dalam PH”.

Menggesa Faizal memohon maaf kepada Majlis Presiden PH, Wong berkata tingkah laku Faizal “mengikut rentak pembangkang” gagal menunjukkan integriti yang wajib dipamer seorang pemimpin gabungan itu.

“DAP Perak pada semua masa mendukung muafakat PH,” katanya.

Terdahulu tular video mirip Faizal berkata dia seorang terkontang-kanting melawan “puak-puak DAP”, “nak pertahankan tanah orang Melayu” dan “nak perjuangkan agama kita”.

“Saya buat itu perlahan-lahan, tapi Alhamdulillah…kat sana (Perak) kawan-kawan Umno saya tak adalah marah saya macam ini. Kawan-kawan Umno baik dengan saya,” katanya video itu.

Presiden PPBM Muhyiddin Yassin petang tadi berpendapat ia bukan isu besar dan akan mendapatkan penjelasan lanjut daripada Faizal mengenai isu itu.



One thought on “Dap mahu MB Perak mohon maaf.

  • November 9, 2019 at 11:18 am
    Permalink

    Isu kecil aje d4p besar2kan. Tapi kalau isu pengganas ltte, rogol, seleweng bayaran terowong, komik propaganda komunis semua tu isu besar dikecil2kan. Nampak sangat double standard. Memang buli rakan pakatan tapi tak mengaku.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *