Darurat tingkatkan kuasa Agong, tak perlu ikut nasihat PM – Mahathir

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) berpandangan Yang di-Pertuan Agong bertindak atas nasihat Kabinet tetapi bagi Dr Mahathir Mohamad, Agong boleh menolak untuk berbuat demikian.

Bekas perdana menteri itu berkata, ini kerana selepas pengisytiharan darurat, kuasa Agong telah menjadi semakin besar.

Kenyataan itu bagi susulan cadangannya untuk penubuhan Majlis Pemulihan Negara – badan yang dilihat serupa dengan Majlis Gerakan Negara (Mageran) yang mentabdir negara susulan tragedi 13 Mei 1969.



“Setelah darurat diisytihar, kuasa Agong dipertingkatkan iaitu Agong seolah-olah menjadi ketua eksekutif.

“Agong boleh menangani beberapa masalah yang disebut (seperti kesihatan, ekonomi, politik dan sosial) dan boleh bagi (lantik) sesiapa saja untuk menjalankan tugas…

“Tak disebut (Agong) mesti nak dapatkan nasihat daripada kerajaan. Tak disebut,” katanya dalam wawancara bersama Sinar Harian semalam.

Yang di-Pertuan Agong hari ini akan mengadakan mesyuarat khas dengan raja-raja Melayu, selepas menerima menghadap pemimpin parti-parti politik minggu lalu.



Pada Oktober lalu, Yang di-Pertuan Agong menolak permintaan kerajaan PN agar darurat diisytiharkan.

Bagaimanapun, kerajaan sekali lagi mencadangkan perkara itu pada Januari lalu dan baginda akhirnya bersetuju.

Walaupun darurat dikatakan bagi mengekang wabak Covid-19, ia pada masa sama membantu mengekalkan kerajaan PN di tengah-tengah majoritinya yang dipersoalkan, memandangkan Parlimen telah digantung.

Darurat yang berkuat kuasa 11 Januari lalu dijadualkan tamat pada Ogos ini.



Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan sebelum ini berkata Kabinet bertanggungjawab untuk memberi nasihat kepada Yang di Pertuan Agong sama ada darurat perlu dilanjutkan atau tidak.

Bagaimanapun, Mahathir membangkitkan yang walaupun sebelum darurat, Yang di-Pertuan Agong telah menggunakan budi bicara untuk menolak nasihat daripada kerajaan.

“Buat kali pertama kerajaan minta diisytihar darurat, Yang di-Pertuan Agong menolak.

“Jadi nampaknya Yang di-Pertuan Agong ada kuasa untuk terima atau tolak nasihat daripada kerajaan atau perdana menteri,” katanya lagi.



Berhubung Majlis Pemulihan Negara, Mahathir berkata dia tidak menjangka Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan menyokong cadangan itu kerana ia akan menyebabkan dia kehilangan kuasa.

Dua kali jadi PM sudah cukup

Ditanya berkenaan sebab dia menawarkan khidmatnya ketika mencadangkan Majlis Pemulihan Negara, Mahathir berkata di hanya mahu menyumbangkan pengalamannya yang luas kepada rakyat.

Katanya lagi, jika dia memikirkan tentang dirinya, dia hanya ingin berehat.



“Saya sudah pun pegang jawatan tertinggi…Saya sudah jadi perdana menteri dua kali, cukuplah.

“Tetapi ramai fikir saya perlu guna pengalaman untuk negara. Ini bukan untuk kepentingan peribadi saya,” katanya lagi.

 

Darurat tingkatkan kuasa Agong, tak perlu ikut nasihat PM – Mahathir


Layari Laman Facebook MYKMU NET




Kenapa proses vaksin rumit? Anwar jawab: Bengong

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker