PH Dan Mat Sabu Gagal, Terus Perjudikan Kebajikan Warga ATM – Hishammuddin

Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dan kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu telan hakikat bahawa mereka gagal.

Bidasnya, mereka amat gagal mengurus tadbir Kementerian Pertahanan Malaysia dengan baik serta terus perjudikan kebajikan para anggota dan warganya.

“Tak payahlah difokuskan gajah bertembung, rumput mati di tengah-tengah tu. Fokuslah kepada kebajikan anggota ATM, perwira sebenar kita semua yang rela mati demi negara!

“Kerajaan PH khususnya MINDEF (Kementerian Pertahanan) perlu ambil tanggungjawab dan jelaskan kepada rakyat cerita sebenar di sebalik kegagalan ini.



“Jangan hanya suka baling batu sembunyi tangan, rakyat sudah bosan,” tegasnya dalam satu hantaran di Facebook.

Bekas Menteri Pertahanan itu mengulas mengenai pengumuman Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengenai dividen bagi ahlinya bagi tahun kewangan 2018 hanya 2 peratus sahaja, tambahan pula terlalu lewat diisytiharkan tidak seperti kebiasaan pada Februari.

“Tak pernah lagi dalam sejarah LTAT, dividen diumum lewat berbulan-bulan. Sampaikan dah nak masuk Oktober baru umum dividen?

“Dah la lewat umum, dividen pula cuma 2% – terendah sejak tahun 1973!



“Tahun 2016 dulu, apabila kita umum dividen 12% bagi tahun kewangan 2015, Rafizi Ramli melenting sampai hendak buat analisa kewangan serta bawa LTAT ke mahkamah. Sekarang agak-agak beliau hendak buat apa pula ya? Ke diam seribu bahasa je? Soalnya.

Justeru Hishammuddin menempelak PH agar jangan lagi bersikap menyalahkan orang lain atas kegagalan sendiri.

“Cukup-cukuplah salahkan kerajaan terdahulu. Semua orang tahu, selepas PH menang PRU-14, dua aset terbesar LTAT iaitu Boustead dan Affin Bank alami kejatuhan nilai saham yang paling teruk dalam sejarah.

“Itu belum lagi cerita Hotel Royal Chulan milik Boustead dijual kepada Singapura dengan harga rendah dari pasaran.



“Ini semua berlaku zaman PH, semangat Kerajaan Malaysia Baru kononnya. Walhal, menggadai bukan membina,” bidasnya lagi. – UMNO ONLINE

Related Articles

One Comment

  1. macam mana tak rugi entiti LTAT iaitu Boustead…Boustead rugi kontrak bernilai RM1.17 bilion selepas mat sabu setuju dengan menteri kewayangan yang membatalkan pembuatan 2 kapal littoral untuk TLDM…ikut perancangan & perjanjian kerajaan terdahulu iaitu BN, 4 kapal littoral semuanya akan dibuat…2 akan dibuat oleh China & 2 oleh Malaysia melalui Boustead

    inilah akibatnya bila sudah sanggup makan babi semeja dengan si kafir guan eng sampai guan eng suruh batal bina 2 kapal littoral itu pun mat sabu setuju padahal perbuatan sedemikian telah menabur pasir dalam periuk nasi ramai pekerja dari kalangan rakyat sendiri yang bekerja dengan Boustead…agaknya tak ramai Orang Melayu bekerja dengan Boustead sebab itu perlu dibatalkan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker