#PrkTgPiai : Banyak-banyak tarikh, tarikh PAU juga SPR pilih

Setiausaha Agung Umno Annuar Musa meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tarikh pilihan raya kecil (PRK) parlimen Tanjung Piai yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.

Beliau berkata demikian setelah tempoh berkempen (2 hingga 16 November) dan tarikh hari mengundi bertembung dengan Perhimpunan Agung Umno di Kuala Lumpur dari 13 hingga 16 November.

“Dalam banyak-banyak tarikh yang ada, SPR mempunyai pilihan yang banyak tetapi dengan sengaja pilih tarikh itu.

“Kita anggap SPR seperti mempunyai niat yang tidak berapa baik terhadap salah satu parti yang sudah tentu akan terlibat dalam pilihan raya tersebut,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Pengerusi SPR Azhar Azizan Harun ketika mengumumkan tarikh itu pagi tadi
Jelasnya, persiapan bagi perhimpunan tersebut melibatkan banyak perkara dan telah dirancang setahun lebih awal.

“Mereka tahu persiapan perhimpunan agung libatkan banyak perkara. Ini melibatkan pemimpin seluruh negeri yang sudah beli tiket penerbangan, hotel sudah ditempah.

“Kita di pihak penganjuran juga terpaksa buat tempahan banyak perkara yang telah dirancang setahun lebih awal,” katanya.

Annuar bagaimanapun berkata pihak partinya akan melakukan mesyuarat esok bagi membincangkan keputusan berkenaan tarikh tersebut.

“Kita tidak boleh buat apa-apa dan jawatankuasa pengurusan Umno akan buat mesyuarat esok tentang tarikh itu.

“Ini kerana kita (Umno) sudah tentu mahu menumpukan perhatian kepada pilihan raya itu sendiri.

“Jadi tak penting untuk kita semua berkampung di Kuala Lumpur (KL) tiga hari kerana itu juga adalah tarikh kritikal kalau hari mengundi kepada 16 November,” katanya.

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Dr Md Farid Md Rafik dari Pakatan Harapan-Bersatu pada 21 September lalu akibat komplikasi jantung.

Mkini

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker