Muslim berhak pilih produk, Lim Guan Eng macam kera kena belacan – Ka Siong (video)

Orang Islam berhak memilih- Ka Siong

Orang Islam di negara ini berhak memilih untuk membeli produk Islam sendiri sebagai menyambut kempen mengutamakan pembelian barangan muslim ketika ini.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong menjelaskan, jika orang Islam berasa was-was berkenaan status halal sesuatu produk dan barangan, mereka berhak memilih untuk membeli daripada orang Islam yang lain.

Malah menurutnya, jika kempen itu dilihat menyalahi undang-undang, kerajaan sepatutnya mengambil tindakan terhadap pihak yang membuat kempen berkenaan.



“Kamu sekarang ini kerajaan dan ada kuasa ambil tindakan jika kempen itu sabotaj ekonomi.

“Jangan buat cerita sembrono, jangan reka-reka cerita, tolong, sekarang nak laga-laga kita kenapa? Kamu tak senang ke hidup secara harmoni? katanya seperti dilaporkan portal Free Malaysia Today hari ini.

Sementara itu, Ka Siong juga membidas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang disifatkannya tidak memahami kenyataan beliau sebelum ini berhubung ‘kempen boikot’ barangan keluaran orang bukan Islam dan bumiputera.

Malah menurut Ahli Parlimen Labis itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi juga telah menjelaskan kepadanya bahawa UMNO dan Pas tidak terlibat dalam kempen berkenaan.



“Pada 2 September lalu saya dah buat kenyataan begitu jelas sekali, tak faham atau tak baca?

“Kalau kamu tak baca, bukan salah saya. Tolong baca jangan malas. Saya tanya sendiri dengan Datuk Seri Ahmad Zahid, dia kata mana ada UMNO buat,” katanya.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP sebelum ini mengecam MCA dan MIC kerana tidak menentang dan secara terang-terangan menyokong UMNO dan Pas bagi kempen memboikot barangan buatan bukan Islam. – UTUSAN ONLINE

[KGVID]https://mykmu.net/wp-content/uploads/2019/09/VID-20190909-WA0123.mp4[/KGVID]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker