Najib : Kenapalah PH tak beritahu 20 perkara ini kepada Rakyat sebelum PRU14 ?

1. Manifesto bukanlah kitab suci.

2. Rakyat dan penjawat awam adalah pemalas dan merupakan beban kepada negara.

3. BR1M akan dikurangkan sehingga dimansuhkan.

4. Rakyat boleh mimpi jika mereka mahu tol dihapuskan.

5. PH akan mansuh GST tetapi diganti dengan SST dan SST tidak akan turunkan harga barang.

6. Harga barang tak turun kerana ianya degil.

7. Kerajaan PH akan memperkasakan usaha mereka untuk mengutip bayaran balik PTPTN – bukan memansuhkannya.

8. Najib turun, Ringgit akan turun. Bukan naik.

9. PH akan tukarkan pasaran saham kita dari pasaran saham paling lama menaik (longest bull-run) menjadi paling corot dalam dunia.

10. PH berjanji untuk memberi dividen dan hibah paling rendah dalam sejarah.

11. Najib memulangkan dana RM2.6 bilion itu selepas 4 bulan selepas PRU13. Bukan simpan wang itu dalam poket untuk beli cincin.

12. Aset 1MDB seperti Bandar Malaysia dengan GDV bernilai RM140 bilion dan TRX dengan nilai GDV RM40 bilion adalah antara aset terbaik negara.

13. Langsung tidak ada bukti bahawa Najib terlibat dalam pembunuhan Altantuyra, Kevin Morais, Najadi, Teoh Beng Hock dan sebagainya.

14. PH janji akan naikkan hutang negara dengan kadar 3 kali ganda lebih cepat berbanding zaman BN.

15. PH berjanji untuk menjual seberapa aset negara yang mereka mungkin dalam masa tersingkat.

16. PH janji akan naikkan tarif elektrik, gas dan air.

17. Skim PPR dan pencen penjawat awam akan dimansuhkan.

18. Kes rasuah Lim Guan Eng akan digugurkan sehingga SPRM pun terkejut.

19. Ketua-ketua SPRM, SPR, PDRM dan Pejabat Peguam Negara digantikan dengan lantikan politik.

20. Mat Sabu akan dilantik menjadi Menteri Pertahanan manakala Mujahid dilantik menjadi Menteri jaga Agama. Lepas itu, mereka akan melakukan kunjung-mengunjung kehormat sesama sendiri.

Patut dimaklumkan kepada Rakyat dari awal-awal lagi jika PH jujur.

Dari FB Najib Razak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker