Zikir hebat hanya dalam 20 saat

BAYANGKAN jika ada seseorang memuji anda dengan berkata, “Saya menyayangi kamu.”

Kata-kata tersebut pasti kedengaran indah.

Namun, bandingkan dengan pujian ini pula; “Saya menyayangi kamu lebih banyak dan lebih besar daripada bulan, bintang, dan seisi alam ini.”

Sudah tentu pujian kedua itu lebih memberi kesan kepada anda.



Begitu jugalah dalam zikir memuji Allah.

Juwairiyah binti Al Harits r.a. iaitu isteri Nabi SAW menceritakan, suatu hari Rasulullah keluar dari rumahnya setelah selesai solat subuh, Juwairiyah masih berada di tempatnya solat. Setelah waktu Duha Rasulullah SAW pulang dan baginda melihat Juwairiyah masih duduk di tempatnya.

Rasulullah lalu bertanya kepadanya, “Apakah engkau duduk (berzikir) seperti itu sejak aku tinggalkan tadi?” Jawab Juwairiyah, “Betul, ya Rasulullah!”

Sabda Nabi SAW, “Aku hanya mengucapkan empat kalimat sebanyak tiga kali semenjak itu yang kalau ditimbang dengan apa yang kau baca dalam zikirmu sejak tadi nescaya sama berat. Kalimat itu ialah: “Subhanallahi wa bihamdihi ‘adada khalqihi, wa ridha nafsihi, wa zinata ‘arsyihi, wa midada kalimaatihi.” – Riwayat Muslim



Maksudnya: “Maha Suci Allah dan Maha Terpuji Dia sebanyak bilangan makhluk-Nya, sehingga diri-Nya reda, seberat arasy-Nya dan sebanyak kalimat-Nya”

Zikir ini perlu diulang sebanyak tiga kali, tidak mengira masa, contohnya selepas Subuh, sewaktu Duha, saat anda berehat pada waktu makan tengah hari, dan juga sebelum tidur.

Ia zikir hebat yang hanya dilafazkan dalam kadar 20 saat!

Utusan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker