Isu Khat: Hala Tuju Celaru, Ketidakpersefahaman Komponen PH Kronik… Yang Salah BN?

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menempelak kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang masih bersikap menyalahkan kerajaan terdahulu, Barisan Nasional (BN) atas kecelaruan hala tuju dan dasar mereka.

Dalam satu lontaran di Facebook, Abdul Rahman tegas berkata jangan menyalahkan kerajaan dahulu jika wujud ketidakpersefahaman yang kronik antara komponen parti PH.

“Kalau dasar kerajaan dulu yang telah diputuskan dan dilaksanakan seperti GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) dan bantuan subsidi boleh dibatalkan dan ditukar dengan senang oleh kerajaan PH, kenapa dasar khat jawi ini tidak pula dibatalkan, kalau itulah kemahuan Dap dalam kerajaan PH?

“Dasar ini belum pun lagi dilaksanakan! Kenapa Timbalan Menteri Pendidikan dari Dap masih nak umumkan kalau dasar parti Dap ialah mereka tidak mahukan subjek khat jawi di sekolah? Bidasnya lagi.



Abdul Rahman yang juga pemangku Ketua UMNO Bahagian Tuaran berkata demikian mengulas mengenai tindakan Penasihat Dap, Lim Kit Siang yang menuding jari menyalahkan kerajaan BN yang kononnya telah membuat keputusan untuk memperkenalkan khat jawi di sekolah rendah. – UMNO ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker