Suspek lepas tembakan di masjid muncul di mahkamah dengan mata lebam

OSLO – Lelaki yang didakwa melepaskan tembakan ke arah orang ramai di dalam sebuah masjid di Norway pada Sabtu lalu dan membunuh seorang mangsa muncul di mahkamah dengan mata lebam dan luka di muka dan leher.

Mangsa adalah kakak tiri kepada suspek.

Hakim membenarkan polis menahan lelaki berusia 21 tahun itu dalam tenpoh empat minggu bagi siasatan pembunuhan dan melanggar undang-undang anti keganasan.

Suspek, Philip Manshaus yang bersenyum apabila gambarnya dirakamkan tidak mengaku terlibat dalam apa-apa jenayah, kata peguamnya.

Saksi-saksi mendakwa Manshaus memasuki Pusat Islam Al-Noor dengan beberapa senjata api tetapi berjaya ditahan oleh seorang ahli masjid berusia 65 tahun yang bertindak merampas senjatanya.

Manshaus memakai helmet berkamera semasa kejadian untuk merakamkan tembakan. Bagaimanapun, beliau tidak sempat menyiarkan serangan itu, menurut pendakwa raya.

“Rakaman video itu adalah bukti utama,” kata ketua polis, Paal-Fredrik Hjort Kraby.

Manshaus, tinggal berhampiran dengan masjid yang terletak di luar ibu negara Norway telah melahirkan pandangannya anti-pendatang sebelum melakukan serangan tersebut.

Suspek didakwa menulis dalam satu postingnya di media sosial sebelum serangan berlaku tentang rasa kagum dengan pembunuhan lebih 50 orang di dua masjid di New Zealand pada Mac lalu.

Beberapa jam selepas serangan itu, polis mendedahkan mayat wanita muda yang mempunyai alamat sama dengan suspek.

Mangsa kemudian dikenal pasti sebagai adik suspek, Johanne Zhangjia Ihle-Hansen yang dilahirkan di China.

Johanne, 17, diambil sebagai anak angkat suspek ketika kecil oleh seorang wanita Norway, yang juga pasangan kepada bapa Manshaus. – MalaysiaGazette

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker