Adakah orang Cina suka pornografi?

Share


Selepas teruk dikecam, Ahli Parlimen DAP kawasan Kluang, Wong Shu Qi tampil dengan responnya.

“Orang Cina lebih faham jika guna contoh pornografi.” Wong mendakwa bahawa beliau menggunakan contoh yang “tidak serius” agar ianya mudah difahami para pemimpin masyarakat Cina.

Adakah dia nak kata orang Cina suka pornografi? Ini juga satu penghinaan.

Banyak lagi contoh boleh digunakan. Kenapa tak guna poster-poster iklan lama seperti tayangan filem, produk makanan dan minuman atau seumpamanya?

Bukankah itu lebih baik?

Saya tidak merasakan orang Cina tidak faham jika ia digunakan sebagai bahan untuk sesi penerangan.

Apabila beliau jadikan pornografi sebagai contoh, ia secara tidak langsung telah mengguris hati ramai pihak khususnya orang Melayu dan beliau masih enggan memohon maaf!

Kedua, katanya klip video yang tersebar itu dirakam tanpa kebenaran. Tapi, beliau semasa memberi penerangan telah lantang memberitahu pemimpin NGO Cina di Kluang bahawa beliau sedar ada pihak yang membuat rakaman video tetapi tidak gentar kerana benar.

Apa maksudnya? Kenapa buat pusingan U lagi selepas terbongkar rakaman video? Adakah pemimpin DAP mula bimbang selepas tersasul atau tersilap cakap sehingga menyinggung perasaan orang lain?

Dari FB Wee Ka Siong.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *